
Lisa Surihani enggan dedah anak dunia seni – “Mahu lihat mereka jadi doktor, peguam..”
Menurut laporan Astro Gempak, namun dia terlebih dahulu memikirkan keselesaan anak-anaknya Yahaira Leanne dan Yusof Leonne sebelum menerima pelawaan Puan Seri Tiara Jacquelina.
Pelakon Datin Lisa Surihani berkongsi rasa teruja apabila kedua-dua anaknya terbabit dalam penggambaran video keselamatan untuk pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn Bhd, baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.
“Tanpa memikir panjang saya menerima pelawaan itu dan beliau meminta untuk bawa bersama dua anak saya (Yahaira Leanne & Yusof Leonne) turut serta dalam video tersebut.
“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa bersama mereka, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video,” katanya.
View this post on Instagram
Pelakon berusia 36 tahun itu berkata, pada mulanya Yahaira dan Yusuf tidak memahami mengenai muzik video tetapi mereka menjadi seronok apabila mendapat penjelasan mengenai penggambaran tersebut.
Sementara itu, Lisa tidak bercadang bagi mendedahkan anak-anaknya kepada industri lakonan memandangkan usia mereka masih muda.
View this post on Instagram
“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda. Saya masih memikirkan zaman kanak-kanak mereka…
“…persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka. Saya teringin untuk melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” ujarnya.
Sumber: Astro Gempak , Instagram Lisa Surihani
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply