Pekerja kecewa dipecat majikan selepas persoal 2 bulan tak dapat gaji

Pekerja kecewa dipecat majikan selepas persoal 2 bulan tak dapat gaji

Dua bulan tak bayar gaji, tanya je terus kena pecat

Baru-baru ini, tular sebuah ciapan mengenai keperitan dan kesusahan yang terpaksa dialami oleh seorang lelaki sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna dikenali EmirSHendry, lelaki bernama Ridzuan itu dipercayai sudah hampir dua bulan tidak dibayar gaji oleh majikannya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila Ridzuan dipecat oleh majikannya sebaik sahaja bertanya mengenai gajinya. Bukan itu sahaja, malah gaji setiap bulanan yang diterima juga sering tidak mencukupi dan terkurang sebanyak RM 400 hingga RM 600.

Teruk gila majikan macam ni, dia dahlah ada anak bini nak tanggung

Lebih meruntunkan hati, Ridzuan juga mempunyai anak yang masih kecil dan memerlukan barangan keperluan seperti susu dan pampers yang menelankan perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan.

Tindakan yang dilakukan oleh majikan syarikat tersebut sememangnya teruk kerana telah melakukan penganiayaan terhadap pekerja, lebih-lebih lagi bagi mereka mempunyai anak dan isteri.

“Teruk gila syarikat yang aniaya pekerja seperti ini, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak dan isteri. Mereka nak bagi makan apa?

“Anak pula masih kecik lagi, perlu minum susu dan pakai pampers. Sebulan untuk anak saja dah RM100.”luah EmirSHendry.

Screenshot 2022 07 03 at 7.36.02 PM

Hanya bergantung hidup pada sisa baki RM30 dalam akaun bank

Menurut Ridzuan, dia dan keluarga hanya bergantung hidup dengan baki daripada gajinya yang terdapat di dalam akaun bank iaitu sebanyak RM30 sahaja.

“Sekarang ini, saya sekeluarga hanya bergantung hidup dengan sedikit baki yang ada dalam akaun bank.

“Dalam akaun untuk masa sekarang pun ada tersisa baki RM30 sahaja,”ujar Ridzuan mengenai situasinya kini.

Jelas Ridzuan, dengan baki itulah yang akan digunakannya sehingga hujung bulan Julai bagi meneruskan kehidupan dan ini termasuklah duit untuk mengisi minyak pergi ke tempat kerja.

baba2

Majikan macam ni memang esoknya masuk neraka-lah tempatnya!

Perkongsian kisah itu menyentuh hati warganet selain menyelar tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab itu. Mereka turut mendoakan ‘kecelakaan’ terhadap majikan tersebut kerana telah menindas nasib seorang pekerja.

Untitled

Untitled 1

Boleh dah tu buat aduan…

Selain itu, ada yang meminta Ridzuan membuat aduan mengenai tindakan tidak berperikemanusian itu kepada pihak bertanggungjawab.

Untitled 2

Screenshot 2022 07 03 at 8.01.20 PM

Layak dapat bantuan zakat

Tidak kurang juga ada yang mengatakan lelaki malang itu layak untuk memohon bantuan zakat selain mendoakan agar urusan Encik Ridzuan dipermudahkan.

Screenshot 2022 07 03 at 7.59.45 PM

Encik Ridzuan minta rahsiakan identiti syarikat takut dikenakan saman

Disoal mengenai identiti syarikat berkenaan, Emir mengatakan dia tidak boleh mendedahkannya kepada umum kerana menghormati keputusan Encik Ridzuan.

Screenshot 2022 07 03 at 8.34.19 PM

Pada masa yang sama, Emir turut membuka tabung bantuan (tekan di sini) kepada Encik Ridzuan bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka sekeluarga.

Sumber: Twitter EmirSHendry

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*