
Sejak Hari Pertama Jahidah Koma, Keluarga ‘Suami Durjana’ Tak Pernah Peduli
Mungkin dia akan tetap begini…hanya terbaring atas katil dengan kerosakan otak yang kekal
Tarikh 20 Jun lalu menyaksikan kali kedua isteri malang dikenali sebagai Jahidah Nordin ini menyambut ulang tahun kelahirannya terlantar di atas katil. Meskipun selamat dianugerahkan cahaya mata, namun keadilan bagi pihak ibu berusia 44 tahun ini masih lagi menjadi tanda tanya.
Sambil berkongsi keadaan terkini, Fauziah Nordin memaklumkan bahawa kakak sulungnya mungkin akan terlantar di atas katil untuk seumur hidup susulan kerosakan di bahagian otaknya. Meskipun sedar, namun dia tidak boleh berinteraksi langsung hatta dengan anaknya sendiri, Nufail.
‘Suami durjana’ masih di penjara JB tunggu perbicaraan…dari hari pertama koma, family belah sana tak ambil tahu
Mengulas tentang keberadaan ‘suami durjana’ itu, Fauziah maklumkan kini dia ditahan di penjara Johor Bahru dan perbicaraannya bakal bermula 6 Julai nanti. Dalam pada itu, dia turut terkilan apabila tiada seorang pun ahli keluarga belah lelaki bertanyakan khabar tentang Jahidah sejak hari pertama koma lagi iaitu sekitar Mei tahun lepas.
Anak tu sepatutnya diberi nafkah belah sana, bukan berdiam diri…jangan lepaskan baby kat mereka walau apa pun jadi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan pihak keluarga suspek yang langsung tidak prihatin dengan nasib menimpa Jahidah. Selain itu, mereka turut berharap agar kebajikan Nufail tidak terlepas ke tangan mereka suatu hari nanti.
Kredit : TikTok ziahzara15
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply