Dua Kampung Di Baling Dilanda Banjir Selepas Hujan Lebat Tiga Jam

Dua Kampung Di Baling Dilanda Banjir Selepas Hujan Lebat Tiga Jam

BALING, 4 Julai (Bernama) — Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang di sini dilanda banjir petang tadi.

siakap keli article cover 1656954294

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang tadi mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing.

siakap keli article cover 1656954294 1

“Pihak APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) menerima laporan tentang banjir kilat tersebut pada kira-kira pukul 6 petang dan anggota APM Baling kemudian membuat tinjauan ke lokasi kejadian.

“Anggota APM mendapati beberapa rumah dimasuki air susulan banjir kilat tersebut bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

siakap keli article cover 1656954294 2

Beliau berkata setakat ini pihaknya sedang mengemas kini maklumat berkaitan bencana itu termasuk jumlah mangsa terlibat serta jumlah rumah yang terjejas atau mengalami kerosakan.

VIDEO

Sumber: BERNAMA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*