“Memalukan, takde maruah..”- Pelanggan lelaki peluk pelayan wanita jual air buah dikecam

“Memalukan, takde maruah..”- Pelanggan lelaki peluk pelayan wanita jual air buah dikecam

Lelaki peluk pinggang, bahu pelayan perempuan ketika bergambar

Menerusi video tular yang dimuat naik semula di laman Twitter oleh Anep, dilihat dua orang pelanggan lelaki tanpa segan memeluk bahagian pinggang dan bahu wanita yang dipercayai pelayan kedai sewaktu sedang bergambar.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial melihat kelakuan tidak senonoh sekumpulan lelaki di sebuah kedai sehingga menerima kecaman warganet.

Apa yang menyedihkan, pelayan wanita tersebut tidak menempis langsung, malah merelakan perbuatan pelanggan lelaki tersebut dan ia dipercayai berlaku di kedai makan dan turut menjual air buah di Setiu, Terengganu.

Aku ni baik tu, taklah. Tapi, mengucap panjang juga tengok video ni…

Susulan daripada itu, ramai orang terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tiada maruah. Menurut pengguna yang berkongsi video tersebut di Twitter, dia mengakui dirinya tidaklah sebaik mana pun.

Tetapi, apabila melihat video tersebut dirinya hanya mampu mengucap panjang dan malu dengan kelakuan tersebut.

“Aku ini baik tidaklah tetapi mengucap panjang juga tengok video ni. Perempuan itu terkenal di TikTok tetapi engkau tengoklah lelaki yang datang tu buat apa dekat dia,” komen seorang lagi pengguna.

Screenshot 2022 07 04 at 11.25.29 AM

Memalukan, takde maruah. Harap takde seorang pun kawan aku macam ni…

Selain itu, ada yang meluahkan rasa malu melihat video tersebut, lebih-lebih lagi ia berlaku di Terengganu dan tidak kurang berharap agar tiada salah seorang rakannya mempunyai kelakuan ‘gersang’ seperti itu.

Untitled 3

Untitled 4

Untitled 5

Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas

Malah, orang ramai juga berharap agar pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana ia sudah mencemarkan nama negeri Terengganu.

Sumber: Facebook Tranung Kini, Twitter Anepppppppppp

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*