Ibu Hamil Ditemui Dakap Mentua, Sebak Video JPAM Jumpa Buku Pink & Scan Baby

Ibu Hamil Ditemui Dakap Mentua, Sebak Video JPAM Jumpa Buku Pink & Scan Baby

Wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berdakapan bawah timbunan pokok

Beberapa hari lagu negara telah pun dikejutkan dengan satu kejadian banjir lumpur yang berlaku di daerah Baling, Kedah. Dalam sekelip mata sahaja, habis ranap rumah disapu air deras dan boleh dikatakan kebanyakan penduduk kini tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan harta benda.

Namun lebih menyedihkan apabila turut dikhabarkan 3 sekeluarga yang terdiri daripada seorang wanita hamil, mentua dan adik ipar telah pun dilaporkan lesap dibawa arus selepas rumah mereka dihanyutkan air. Keesokan harinya, Allahyarhamah Nurul Anis Abu Hassan yang sedang mengandung 4 bulan ditemukan berdakapan dengan mentuanya. Manakala Allahyarham Khairul Ikhwan Nor Azman pula dijumpai tak lama selepas itu di lokasi berdekatan.

291564800 1404506710048286 7921257208077546464 n e1657068373940

Kalau tengok live tu siap ada gambar scan baby lagi dalam buku tu

Suasana bertambah sebak apabila tular satu sedutan rakaman live yang dikongsi seorang individu di laman TikTok. Sewaktu pencarian, beberapa anggota JPAM telah pun menemukan sebuah ‘buku pink‘ yang digunakan ibu hamil itu untuk checkup berserta sekepinG gambar scan bayi

WhatsApp Image 2022 07 06 at 8.47.03 AM.jpeg

291008952 5353590161366301 6565246109520862681 n.jpg

Allah dia tak tinggal mak mentua yang lumpuh..Ada 2 insan tarik dia ke syurga, 1 ibu mentua, 1 lagi anak dalam kandungan

WhatsApp Image 2022 07 06 at 8.42.49 AM 1.jpg

WhatsApp Image 2022 07 06 at 8.42.50 AM.jpg

WhatsApp Image 2022 07 06 at 8.42.51 AM e1657068571571.jpg

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup sebak mengenangkan kejadian yang menimpa tiga beranak tersebut. Dalam pada itu, ramai juga ambil peluang itu untuk tinggalkan ucapan takziah buat ahli keluarga terutamanya suami kepada Allahyarhamah Nurul Anis.

Kredit: TikTok suriaabdullah99nisadtouch, & sabirbabang

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*