kasih abang sampai mati

kasih abang sampai mati

Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.

dalam kejadian menyayat hati di kampung jawa, di sini, muhamad Hafiz Abd Ghani, 17 ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun petang semalam.

Tragedi itu dikatakan punca daripada muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosongsetiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Bagaimanapun tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah olah tercabar lalu mebelasah anak sulung keluarga itu.

menurut ibu mangsa siti habibah ismail ,38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun di halang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

“sepanjang anak terbaring dalam bilik,saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkan untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

“Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi ,suami keluar rumah dalam keadaan tergesa gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya meninggal dunia” katanya.

Sementara itu timbalan ketua polis daerah Alor Gajah deputi superintendan Abd Rahman jid Berkata,mangsa mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Sumber: Hm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*