Dituduh pernah jadi kekasih Ira Kazar, pelakon kesal tampil buat laporan polis

Dituduh pernah jadi kekasih Ira Kazar, pelakon kesal tampil buat laporan polis

Menurut laporan Astro Gempak, disebabkan gambar tersebut, pelakon berusia 33 tahun itu dituduh pernah bercinta dengan Ira dan merupakan bekas kekasih wanita berkenaan.

Gara-gara gambar lamanya bersama Ira Kazar ditularkan kembali, pelakon Hanis Kamal Bakar memberi tempoh sehingga hujung minggu ini kepada pemilik sebuah akaun TikTok untuk menurunkan posting tersebut.

Hanis berkata, tuduhan melulu itu membuatkan dia kesal apatah lagi mengenali dan menjaga hubungan baik dengan Ira dan bapanya Kazar selain aktres, Puteri Sarah Liyana.

Saya mula mendapat tahu selepas beberapa pengikut menyebut nama Ira Kazar ketika saya sedang bersiaran langsung di TikTok. Ada juga yang meninggalkan komen seperti โ€˜Woi ex Iraโ€™.

โ€œPada waktu itu saya jadi terpinga-pinga. Tapi, saya anggap sahaja ia gambar lama sehingga adik ipar saya berkongsi akaun yang berkongsi video tersebut dengan kapsyen tertulis #HanyaMerekaYangTahu.

โ€œHal ini amat membimbangkan kerana secara tiba-tiba saya terlibat dengan Ira. Ya, saya baik dengan Uncle Kazar dan kenal Ira sejak kecil.

โ€œDan dalam masa sama saya juga baik dengan Puteri Sarah. Jadi, saya tidak mahu rosakkan hubungan dengan kedua belah pihak,โ€ katanya yang sudah berkahwin.

Tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk, pelakon filem Gila-Gila Remaja 2 itu tampil membuat laporan polis bagi melindungi diri, ahli keluarga, kerjaya dan juga bisnesnya.

Sebab boleh datangkan fitnah, jatuhkan career, rosakkan hubungan saya dengan kedua belah pihak dan juga mengganggu hubungan bisnes saya.

โ€œFounder produk pun ada tanya saya tentang hal ini. Lagipun, zaman sekarang netizen ni kadang-kadang bila salah faham tak selidik betul-betul, mereka terus kecam,โ€ ujarnya.

Tambah Hanis, dia akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya pemilik akaun itu tidak memadam posting berkenaan.

Terdahulu, nama Ira menjadi perbualan ramai apabila didakwa merupakan orang ketiga yang mengganggu rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof.

Sumber:ย Astro Gempakย , Instagramย Hanis Kamal Bakar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*