
[VIDEO] Tiada Dalam Gambar Kahwin, Anak Usung Frame Pergi Tanya Kat Rumah Jiran
Anak pelik kenapa tiada sekali dalam gambar kahwin parents…siap usung ke rumah jiran untuk tahu apa jawapannya
Lumrah anak tengah membesar, saban hari mesti beribu soalan ditanya kerana sikap ingin tahu yang amat tinggi. Sebagai ibu bapa, kita pun seharusnya berbangga sebab tabiat ini menandakan mereka sudah mencapai tahap perkembangan otak yang cerdas serta ligat berfikir.
Namun tak dinafikan, kadang-kadang persoalan yang bermain di fikiran mereka tak terjangkau dek akal parents pula. Samalah seperti klip viral tentang gelagat lucu kanak-kanak dari Indonesia ini. Gara-gara kelibatnya tidak kelihatan dalam gambar perkahwinan ibu bapa suatu ketika dahulu, dia malah siap mengusung frame tersebut ke rumah jiran bagi mendapatkan jawapan.
Kenapa mama tinggalkan aku? Kau masih di laut…belum ada lagi
Sebaik pulang ke rumah, dia terus bertanya kenapa mereka berdua tergamak tinggalkan dirinya sewaktu kahwin dulu. Disebabkan tidak mahu nampak jahat, Tika Dila selamba jawab anaknya sedang berada di laut pada masa itu. Apa yang mencuit hati, si cilik berkenaan malah percaya alasan tersebut sebelum disampaikan pada jirannya juga.
Dengan tenang dia pun kata di laut…jarang jumpa jiran yang sporting layan budak-budak, terbaik weh
Kredit : TikTok tikadilaaa
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply