
Atur pertemuan di pusat beli-belah, ibu kantoi jual anak kecil untuk bayar hutang
Wanita itu ditahan selepas cuba menjual anak lelakinya dengan harga RM21,730.
SEORANG wanita ditahan kerana cuba menjual anak lelakinya yang berusia tujuh tahun dengan harga £4,000 (RM21,730).
Nargiza, 36, didakwa mengiklankan anaknya dalam usaha untuk membayar hutang terkumpul dan mengatur pertemuan dengan “pembeli” di sebuah pusat beli-belah.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut ditahan di bawah undang-undang pemerdagangan kanak-kanak Rusia selepas sukarelawan dari badan amal anti-perhambaan berjaya memerangkapnya, baru-baru ini.
Ahli Alternativa menyamar sebagai pembeli dan pergi menemui Nargiza, yang mendakwa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun “tidak kisah” dipindahkan kepada keluarga lain dengan bayaran sejumlah wang.
Jurucakap badan amal itu berkata: “Kami berharap ia adalah cerita rekaan, bahawa ini adalah gurauan bodoh seseorang atau penipuan untuk wang.
“Namun, apabila kumpulan kami bersama-sama pekerja kumpulan penyiasatan jenayah terancang keluar untuk ‘urusan’ itu, kami menyaksikan budak itu betul-betul dijual.
“Nargiza menerima wang itu dan memberikan kanak-kanak itu kepada orang yang tidak dikenalinya.”
Wanita berusia 36 tahun itu telah ditahan manakala anaknya ditempatkan dalam rawatan perubatan.
Jurucakap Alternativa menambah: “Nargiza menjelaskan bahawa suaminya tidak menyukai anak sulungnya, dan mereka memutuskan untuk menjual anak itu untuk membayar hutang mereka.”
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply