Peninju Thailand Meninggal Dunia, Tumbang Ditumbuk Hingga Alami Pendarahan Otak

Peninju Thailand Meninggal Dunia, Tumbang Ditumbuk Hingga Alami Pendarahan Otak

Peninju Thailand, Phet Keng Gaiyang Hadao meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas tumbang ditumbuk lawan dalam sebuah pertarungan muay thai pada 13 Ogos semalam.

Difahamkan, Phet Keng pada asalnya menyertai sebuah kejohanan muay thai bersempena ambang merdeka pada bulan ini yang berlangsung di sebuah institusi di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut sumber dari Kelab Info Malaysia, pada perlawanan itu, Phet Keng berdepan dengan lawan iaitu peninju tempatan dari Red Army KL yang bernama Hakim.

Video semasa pertarungan yang dirakam oleh penonton di sana turut dimuat naik dan dikongsikan semula oleh laman Facebook berkenaan.

Bagaimanapun menurut Kelab Info Malaysia, Phet Keng terkena tumbukan dari Hakim hingga menyebabkannya rebah dan pengsan di lokasi kejadian.

Peninju itu dikejarkan ke sebuah hospital awam untuk rawatan, namun akhirnya dilapor meninggal dunia di sana tidak lama kemudian.

299106204 3208937589321845 3514820035605283050 n

Sementara itu, kematian Phet Keng turut dimaklumi wakil penganjur yang menggunakan nama akaun Facebook Mark Dba menerusi hantaran di Papaja Ranting Buluh MuayThai.

“Saya wakil dari pihak penganjur dan semua amnya merakamkan salam takziah untuk semua ahli keluarga atas pemergian Didi pagi itu,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Screen Shot 2022 08 14 at 11.22.26 am

Kematian peninju ternama itu turut dihebahkan di beberapa laman media sosial Thailand seperti Facebook Muayded789, Instagram Muaythaiiyarin dan lain-lain.

Dalam pada itu, laman Facebook Muayded789 memaklumkan, industri tinju di Thailand kini turut berduka dengan pemergian juara ternama itu.

“Industri tinju kini bersedih. Darah dalam otaknya sudah mati (pendarahan).

“Berita sedih dalam industri tinju pada 13 Ogos pagi ini (semalam). Phet Keng Kai, peninju lima bintang yang pernah juara berkali-kali, meninggal dunia secara mengejut dengan pendarahan di otak.

Screen Shot 2022 08 14 at 11.34.20 am

“Laman Facebook Muayded789 ingin merakamkan salam takziah buat keluarga mendiang,” maklum kenyataan itu.

Menurut Muayded789, difahamkan upacara pengebumian mendiang akan dijalankan di Kuil Khok Nian di wilayah Patthalung pada pukul 3 petang hari ini.

Berikut di bawah adalah rakaman video yang dirakam penonton dan dikongsikan semula di laman Facebook Kelab Info Malaya.

Sumber : siakapkeli

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*