
Beli 5 Tiket Tapi Terlupa Nak Pergi Konsert Billie, Nabil Tergamam Call Isteri
Wey aku salah tarikh? Patut bawa isteri & anak-anak
Kemeriahan konsert Billie Eilish semalam ditamatkan dengan rasa kesal sebilangan besar peminat. Ini kerana, tiket yang dibeli dengan harga RM500 lebih seakan-akan tidak berbaloi langsung memandangkan sesetengah tempat duduk mereka agak jauh dari pentas utama. Tapi siapa sangka dalam masa sama, Nabil Ahmad pula melalui satu perkara mengejutkan.
Sebentar tadi menerusi TikTok radio Era, pengacara terkenal itu baru menyedari konsert Billie diadakan pada 1 hari sahaja dan bukannya 2 hari berturut-turut seperti yang dijangka. Sudah membeli 5 keping tiket jenis CAT 2 yang berharga RM508 dengan rancangan mahu pergi ke sana bersama keluarga tercinta, nampaknya semuanya tinggal sia-sia.
Yangggg, konsert Billie semalam jelah…Mana ada hari ni…Tengok tiket tu 18 hari bulan
Gara-gara terlupa tarikh, Nabil tergamam dan segera menelefon isterinya bagi memaklumkan perkara lucu tersebut. Walau bagaimanapun, dia bersangka baik mungkin benar Allah tidak mengizinkan mereka sekeluarga sampai ke acara berkenaan.
Takpelah, mungkin Allah nak elakkan Nabil dari benda sia-sia…Habis macam tu je duit
Melalui ruangan komen, ramai yang turut terkejut selain kasihan apabila menjangkakan Nabil kerugian duit tiket hampir RM3000. Namun di sebalik semua itu, mereka yakin hal itu mengandungi hikmah yang terbaik buatnya sekeluarga.
Kredit : IG Era
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply