Najib Razak Tiba Di Perkarangan Penjara Kajang

Najib Razak Tiba Di Perkarangan Penjara Kajang

Konvoi kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Razak dilihat telah tiba di perkarang Penjara Kajang sebentar tadi. Bekas Perdana Menteri itu dibawa terus ke Penjara Kajang dari Istana Kehakiman di Putrajaya.

Petugas media juga sudah mula membanjiri pintu masuk Penjara Sungai Buloh sejurus sahaja dibacakan keputusan kes membabitkan Najib Razak di Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.

Power Point 139

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM 210 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Power Point 141

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu bagi setiap tiga pertuduhan CBT kerana penyelewengan masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada dana SRC.

Power Point 140

Najib, 69, pada 8 Dis 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sumber: BERNAMA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*