Dukung anak Iqbal, Vida luah hasrat mahu cahaya mata lagi

Dukung anak Iqbal, Vida luah hasrat mahu cahaya mata lagi

Penyanyi dan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida meluahkan hasrat untuk kembali memiliki cahaya mata selepas lima tahun bergelar ibu tunggal.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menyatakan demikian sekiranya diberi peluang bagi merasai rezeki seperti itu lagi.

VIDEO TIKTOK DISINI

Rakaman berdurasi hampir seminit itu memaparkan Vida bertemu anak angkat kepada bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli iaitu Ziyad buat kali pertama.

“Saya pernah buat ujian kesuburan dan ternyata saya subur. Kalau saya dah bernikah, mungkin dah ada baby sebesar Ziyad.

“Mungkin belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata lagi,” tulis usahawan kosmetik berusia 51 tahun itu dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Vida berkata, dia percaya dengan perancangan ditetapkan Allah SWT mengenai soal jodohnya selain mahu memberi fokus terhadap kehidupan peribadi.

“Perancangan Allah itu lebih baik. InsyaAllah kalau Allah mengizinkan saya untuk bernikah dan dapat timang cahaya mata. Saya cukup gembira dan bersyukur.

“Saya nak betul-betul fokus dengan kehidupan peribadi. Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan. Amin,” luahnya.

VIDEO TIKTOK DISINI

Dalam masa sama, penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu turut memuji pengorbanan Iqbal yang sanggup memikul tanggungjawab menjaga bayi lelaki berkenaan seperti anak kandung sendiri.

“Saya berpeluang berjumpa dengan anak angkat Iqbal iaitu Ahmad Ziyad. Seorang bayi yang hebat dan manja.

“Saya terharu dengan kesungguhan Iqbal ingin menjag dan membesarkan Ziyad seperti anak sendiri,” tulisnya lagi.

Terdahulu, konflik antara Vida dan Iqbal yang juga usahawan akhirnya terlerai apabila masing-masing memilih untuk berdamai selepas hampir setahun bermasam muka.

Konflik terjadi sebaik hajat mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian sekali gus melalui pelbagai kontroversi sehingga kedua-duanya didakwa sukar bertegur sapa.

Sumber: TikTok datoserividaofficial

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*