Khusyuk ‘Fly’ Sampai Tak Dengar Bunyi Siren, Rider Malu Aksi Dirakam Polis

Khusyuk ‘Fly’ Sampai Tak Dengar Bunyi Siren, Rider Malu Aksi Dirakam Polis

Penunggang EX5 curi tumpuan buat aksi ala ‘Superman‘ ketika lalu highway

Kurang beberapa hari sahaja lagi, negara bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-65. Antara persoalan yang selalu bermain di kotak fikiran adakah cukup merdeka jiwa dan mentaliti rakyat Malaysia sebenarnya? Sebagai contoh, isu ini ‘cokia’ sahaja bak kata orang Pulau Pinang iaitu sikap sesetengah rider ketika di jalan raya.

Meskipun jiwa kental mereka asalnya cukup bagus, namun semangat ‘mat rempit’ itu seringkali digunakan di tempat dan masa yang salah. Ia bukan sahaja merisikokan diri sendiri, bahkan mengundang padah kepada pengguna jalan raya lain. Samalah seperti gelagat seorang penunggang motor jenis model Honda EX5 yang mencuri tumpuan ramai sambil melakukan aksi ‘Superman‘ ketika melintasi lebuhraya di Pahang baru-baru ini.

viralnewsupdates.com 0dc4e199d3f7688704b99196695ab91a.jpg

Sekali dapat malu…rupanya aksi dirakam oleh pihak polis

Tanpa disangka-sangka, aksi tersebut rupanya sempat dirakam oleh seorang anggota polis yang mengekorinya selama beberapa saat. Apa yang mencuit hati, bunyi siren juga tidak didengari oleh pemuda berbaju biru tersebut. Sebaik menyedari kereta peronda di sebelahnya, dia terus memperbetulkan posisi duduk di atas motor dan menutup visor helmet akibat malu ‘kantoi’ begitu saja.

Hati kau keras mat, tengah khusyuk layan angin tu…’fly‘ sampai tak perasan bunyi siren polis

viralnewsupdates.com 58962b07114f5d1795b4e15b36cd7ee2.jpg

viralnewsupdates.com 60a5c56415302c75f0195e362f902652.jpg

viralnewsupdates.com 6d2f5ce37d53dd1a4087e19b19a7bb81.jpg

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat lelaki tersebut tidak sedar kehadiran kereta peronda mungkin gara-gara sedang terlalu fokus ‘fly‘ di lebuh raya. Mereka turut berseloroh semangat beraninya bukan calang-calang, kerana tunjukkan ‘skil padu’ tersebut di hadapan anggota polis.

Kredit : Twitter Tsgxy_ & FB Briged Bawang

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*