Bakal Menantu Masih Belum Ada, Ibu ‘Terdesak’ Dah Siapkan Semua Dulang Hantaran

Bakal Menantu Masih Belum Ada, Ibu ‘Terdesak’ Dah Siapkan Semua Dulang Hantaran

Beginilah kalau belum punya menantu

Bila anak-anak sudah meningkat dewasa, ibu bapa pasti sudah tidak sabar untuk melihat mereka semua berumah tangga dan membina keluarga sendiri. Malah ada yang sedari awal lagi cukup teruja untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Sehinggakan masing-masing mula merasa tekanan untuk mencari pasangan.

Situasi samalah juga yang turut dilalui oleh seorang pemuda kacak bernama Sulaiman Abri dari Indonesia ini. Menerusi satu perkongsian di TikTok, jejaka tersebut akui masih belum ada calon isteri atau teman wanita untuk dikenalkan kepada orang tuanya. Walau bagaimanapun, pendedahan selanjutnya ini benar-benar cukup mengejutkan.

kisahdunia.com c6e7a556f86101a1f0895d3ca769b814.png

Menantu belum punya, tapi seserahan sudah ready

KLIK VIDEO DISINI

Mana taknya, meskipun belum mempunyai calon menantu namun ibu kepada Sulaiman telah menyiapkan segala-galanya. Dari segi hantaran, boleh dikatakan setiap dulang yang akan diberikan kepada pihak perempuan sudah siap dihias dengan cantik seakan-akan majlis perkahwinan bakal diadakan dalam masa terdekat.

Entah-entah mak dia dah siap jodohkan, tunggu nak melamar je…Memang kalau mak perangai macam ni ke

kisahdunia.com 4e4be6f0542dd533133672d6c5e1eb97.jpg

kisahdunia.com ada924103efb38cfbdb68d3c26b5ebf7.jpg

kisahdunia.com 91f05e9c39ac2612e1c539234be29e6c.jpg

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat pendedahan yang telah dibuat oleh Sulaiman. Dalam pada itu, mereka juga sempat berseloroh sebenarnya ibu pemuda tersebut sudah mempunyai calon menantu namun hanya disorokkan daripada pengetahuannya.

Kredit: TikTok Sulaiman Abri 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*