
30 Tahun Lalu Serah Pada Orang Asbab Miskin, Ibu Sedih 3 Anak Tak Datang Jenguk
Anak bongsu merupakan graduan lepasan institusi di Mesir
Asbab kemiskinan hidup, ibu bapa selalunya sanggup mengorbankan apa sahaja untuk membesarkan anak-anak mereka. Namun bagi seorang warga emas ini, 30 tahun lalu dia terpaksa mengambil keputusan sukar iaitu menyerahkan 3 orang cahaya matanya untuk dijaga oleh orang lain kerana kedaifan yang kian mendesak.
Kini tinggal di sebuah pusat kebajikan orang tua di Marang, Terengganu, Mak Cik Norazian Mohamad ibarat dilanda kesepian apabila 3 anaknya tidak datang bertanya khabar. Walhal sejak dia menyerahkan mereka dahulu, rasa rindunya selaku seorang ibu langsung tidak pernah memudar walaupun sedikit. Mengikut laporan Buletin TV9, difahamkan lagi mereka bertiga kini berada dalam lingkungan usia 30-40 tahun.
Acik duduk sini 3 tahun, dia dok rajin datang…Jengah pun tidak…Acik pun tak mengharap
Apabila berpisah, dia telah merantau ke Kuala Lumpur bagi mencari pendapatan sebelum merancang bersatu semula dengan anak-anak satu hari nanti. Tidak meminta lebih, Mak Cik Norazian kini cuma mahu menatap wajah mereka bertiga sekali sahaja sebelum menutup mata kelak. Akui kesilapan dahulu, namun air matanya bergenang kerana tidak dijenguk sepanjang 3 tahun menetap di rumah kebajikan tersebut.
Perkara yang jadi 30 tahun lepas tidak mudah untuk diselesaikan dalam masa 3 tahun…Jangan salahkan anak-anak
Melalui ruangan komen, netizen menyuarakan pendapat yang berbeza-beza mahu daripada pihak Mak Cik Norazian ataupun anak-anak. Diberi kepada orang lain masa kecil merupakan satu kenangan yang sangat pahit, justeru mereka berharap dia mampu bersabar sebelum anak-anak berlapang dada menerima kenyataan itu.
Kredit : FB Buletin TV9
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply