
Adik Bomba Viral Tertunjuk Jari Tengah, Rupanya Sempat Tidur Lena Masa Berarak
Abam Bomba ‘kesal’ tak jaga anak buah elok-elok
Cukup luar biasa, begitulah ayat yang paling sesuai menggambarkan kegamatan sambutan Hari Merdeka Ke-65 yang berlangsung di kawasan Dataran Merdeka, semalam. Meskipun pengunjung terpaksa berhimpit sesak lebih 5 jam, keletihan itu seakan terlunas setelah menyaksikan perarakan daripada pelbagi NGO awam dan swasta termasuklah anggota keselamatan Malaysia.
Selain gelagat sekumpulan Abang Bomba ‘sado’ menunjukkan otot mereka, kelibat seorang budak lelaki yang ikut berarak di atas jentera bomba juga berjaya mencuri perhatian ramai. Sebenarnya hendak memberikan mini love kepada pengunjung di tepi jalan, tetapi si comel itu tidak sedar jarinya sedang menunjukkan isyarat middle finger sebelum dibetulkan semula oleh petugas dewasa di sebelahnya.
Lena adik tu tidur…Bendera tetap on-point
Tidak cukup dengan itu, rupanya ada penonton di laluan lain sempat merakam lagi video mengenai kecomelan kanak-kanak itu. Mungkin sudah kepenatan berarak, dia kelihatan santai tidur bersandar di hujung bot dengan posisi paling selesa. Akan tetapi, genggaman tangannya pada Jalur Gemilang masih tegak berdiri.
Famous budak ni semalam, macam-macamlah…2 sejarah kau cipta dik
Melalui ruangan komen, ramai netizen akui sangat terhibur dengan gelagat budak comel tersebut. Bagi mereka insiden kecil yang berlaku bukanlah satu kesalahan serius, sebaliknya seakan-akan menambah kemeriahan ketika perarakan berlangsung.
Kredit : TikTok Bunga & emma hafiz 1712
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply