
Terlalu obses nak cantik, wanita menangis hingga bulu mata gugur… tanggung derita mulut bengkak akibat ‘filler’ bibir
Suntikan pada bibir tidak menjadi menyebabkan mukanya bengkak dan bibir menjadi sakit.
FRASA ‘beauty is pain’ bersesuain dengan situasi gadis ini apabila ‘filler’ bibir yang dilakukannya telah membuatkan saiz bibirnya membesar dua kali ganda daripada asal.
Karli Gardner kemudiannya terpaksa dibawa ke hospital setelah tidak lagi tahan dengan keadaan bibir yang hampir ‘meletup’.
Prosedur bagi membesarkan bibir dikongsikan gadis ini di TikTok miliknya di mana dia mengalami kesakitan beberapa hari selepas disuntik walaupun kelihatan cantik.
Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah asid hyaluronik sintetik berpindah ke bahagian lain bibirnya dan merosakkan senyumannya.
Dalam video rakaman di hospital itu, dia menutup sebelah mukanya yang bengkak sebelum memusingkan kamera untuk menunjukkan alat perubatan di wad.
TikToker itu kini semakin pulih tetapi keadaan sangat berbeza apabila mukanya membengkak sehingga hampir tidak dapat membuka mata.
Dalam satu gambar dimuat naik, kulit dan bibir Karlie kelihatan merah.
Disebabkan tidak dapat menahan kesakitan, wanita itu menangis teresak-esak sehingga bulu mata palsunya gugur.
Sumber : mstar
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply