Demi tukar kad baharu, pesakit lumpuh terpaksa ‘berkatil’ hadir ke bank

Demi tukar kad baharu, pesakit lumpuh terpaksa ‘berkatil’ hadir ke bank

Tular di laman sosial, seorang wanita. yang dikenali sebagai Nur Hatini mendedahkan dia terpaksa membawa ibunya yang lumpuh seluruh badan didakwa perlu hadir ke bank semata-mata untuk menukar kad bank yang bakal tamat tempohnya.

Menerusi perkongsian sedih yang dimuat naik oleh pengguna hatinimahamud di laman TikToknya, dia mendakwa sudah menelefon pihak bank untuk bertanya mengenai prosedur untuk menukar kad baharu bagi ibunya yang lumpuh seluruh badan.

Namun, pihak bank memaklumkan tiada cara lain yang boleh mereka bantu bagi memudahkan urusan melainkan membawa ibunya itu ke bank berkenaan dengan apa cara sekali pun.

Screenshot 2022 09 02 at 11.19.43 AM 561x1024 1

Screenshot 2022 09 02 at 11.20.00 AM 768x1007 1

Kecewa dengan keputusan pihak bank yang dikatakan tidak bertinbang rasa, Hatini terpaksa menggunakan khidmat ambulans ST John kerana tidak mampu membawa ibunya menaiki kereta memandangkan ibunya itu tidak boleh duduk seperti orang biasa.

Apa yang lebih menyedihkan, ibunya terpaksa ‘berkatil’ sehingga ke dalam bank malah, disebabkan itu juga dia terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk menyewa khidmat ambulans itu demi menukar kad bank yang baharu.

Screenshot 2022 09 02 at 11.19.11 AM 768x1014 1

Screenshot 2022 09 02 at 11.19.28 AM 578x1024 1

Screenshot 2022 09 02 at 11.08.49 AM 768x255 1

Difahamkan, Hatini turut memberitahu bahawa ibunya adalah penerima pencen dan duit itu mereka gunakan untuk membeli keperluan asas dan juga pampers ibunya.

asv

Bukan itu sahaja, lebih mengecewakan hatinya apabila secara tiba-tiba pihak bank telah menyekat akaun bank ibunya tanpa alasan meskipun sudah ditukarkan kepada kad yang baharu.

Screenshot 2022 09 02 at 11.08.16 AM 768x207 1

Sedar akan dirinya hanya datang daripada golongan B40, pihak bank tidak sepatutunya memberi layanan buruk seperti itu kerana daripada wang itu sahajalah yang membantu menampung keperluan hidup mereka.

Screenshot 2022 09 02 at 11.08.44 AM 768x232 1

Sumber: TikTok hatinimahamud

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*