Lelaki Tiba-Tiba Belanja Makan, Rupanya Rindu Family Angkat ‘Diragut’ Covid-19

Lelaki Tiba-Tiba Belanja Makan, Rupanya Rindu Family Angkat ‘Diragut’ Covid-19

Tiba-tiba ada lelaki ‘stranger’ datang…cakap nak belanja semua ahli keluarga makan tengah hari

Sejak kemunculan vaksin, saban hari wabak Covid-19 yang pernah meragut berjuta-juta manusia di seluruh dunia kian dilupakan. Ia susulan kebanyakan daripada kita sudah mula membiasakan diri dengan aktiviti harian seperti biasa. Namun berbeza pula situasinya bagi mereka yang pernah dijangkiti virus tersebut, selain tidak dapat lupakan kehilangan ramai ahli keluarga tersayang.

Sewaktu bertandang ke sebuah restoran dengan ahli keluarganya baru-baru ini, pengguna akaun TikTok chimok_93 disapa oleh seorang lelaki berbaju hitam dalam keadaan menangis. Alangkah terkejutnya wanita berkenaan, apabila individu tersebut menyatakan hajat untuk belanja kos makan tengahari mereka semua.

kisahdunia.com a703fc7c64dfd16a290e76ca0c5bc83c.jpg

Sebak bila dapat tau family angkat kena Covid-19…tinggal dia sorang je

Apabila ditanya tujuannya, lelaki baik hati tersebut memaklumkan dia cuma rindu family angkat yang telah diragut wabak Covid-19 sebelum ini. Pemuda berkenaan malah kembali ke meja mereka untuk mengucapkan selamat jalan, setelah selesai buat bayaran di kaunter. Sebagai tanda terima kasih, keluarga wanita ini turut mendoakannya agar sentiasa kuat menghadapi setiap dugaan mendatang.

Ambil contact, kalau ada makan-makan ajak dia sekali…sesungguhnya sedekah adalah hadiah terbaik untuk keluarga yang sudah tiada

kisahdunia.com 9860e4d68a2a895aeecb10abf0312f93.jpg

kisahdunia.com 77d9ed246dc9b1f6bb8100b009a51835.jpg

kisahdunia.com 4824b1b05308c8437a9b617b481eeb03.jpg

Menjengah ke ruangan komen, kisah sedih dan tindakan mulia lelaki itu nyata mengundang sebak dalam kalangan netizen. Selain itu mereka juga berharap keluarga ini terus berhubungan dengan pemuda berkenaan, agar sekurang-kurangnya dapat merawat rasa kerinduan yang sedang ditanggung olehnya.

Kredit : TikTok chimok_93

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*