Pencarian Waris: Ibu Kandung Gagal Dikesan, Ayah Buntu Anak Belum Ada IC

Pencarian Waris: Ibu Kandung Gagal Dikesan, Ayah Buntu Anak Belum Ada IC

Penjaga bagi kanak-kanak lelaki yang bernama Shah Zaib Hassan, 8 tahun sedang mencari ibu kandungnya yang telah hilang. Kegagalan menghubungi ibu kandungnya telah menyukarkan proses pendokumentasian di Malaysia. Orang ramai diminta untuk membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan mengenai ibu kandung.

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) telah memuat naik satu notis penting menerusi laman Facebook rasminya pada 29 Ogos baru-baru ini. Notis tersebut merujuk kepada pencarian waris bagi seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun.

Nama kanak-kanak lelaki tersebut ialah Shah Zaib Hassan dan kini berusia lapan tahun. Kanak-kanak yang kehilangan waris ini telah dilahirkan pada 19 Ogos 2014.

300780865 5139486092827644 7565982671086741641 n e1661755375857

Menurut hantaran yang sama, penjaga kanak-kanak tersebut, Shakil Akhtar Muhammad Uzair mengakui bahawa kanak-kanak itu merupakan anak kandungnya tetapi dirinya telah gagal mendaftarkan perkahwinan di Malaysia.

Bapa kandungnya itu memaklumkan bahawa ketika kanak-kanak tersebut berusia setahun, berlaku krisis antara dirinya dan isterinya, Sahayam Arockiyamary sehingga menyebabkan mereka berdua ‘terpisah’.

Ibu kandung Shah Zaib Hassan pula merupakan seorang warganegara India dan pemegang pasport bernombor F7149775. Wanita itu dipercayai telah kembali ke India dan gagal dihubungi sehingga kini.

Disebabkan ibu kandungnya gagal dikesan, kanak-kanak tersebut masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukannya namun hanya menemui kegagalan ekoran ketiadaan dokumen tersebut.

Sehubungan itu, JKM WPKL mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai wanita India tersebut untuk tampil ke alamat ini:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, 50564 Kuala Lumpur.

Orang ramai juga boleh hubungi pelindung kes, Noor Alam Syah Irwan Syah di talian 03-2612 4040 atau e-mel: [email protected] bagi memberikan maklumat yang dapat membantu usaha JKM WPKL mengesan ibu kandung kanak-kanak tersebut.

Kerjasama anda pastinya dapat memberikan sinar kepada adik ini untuk belajar dan mendapatkan bantuan khusus sebagai warganegara Malaysia. Tindakan ini juga dapat membantu pihak mahkamah membuat keputusan terbaik bagi kebajikan kanak-kanak lelaki resebut.

Screen Shot 2022 09 03 at 10.00.06 am

Sumber: Jabatan Kebajikan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) via Facebook

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*