[VIDEO] Tersuka Tanpa Sengaja, Dulu Ayah Angkat Sekarang Jadi Suami Yang Sah

[VIDEO] Tersuka Tanpa Sengaja, Dulu Ayah Angkat Sekarang Jadi Suami Yang Sah

Dulu ayah angkat…tiber pulak rasa sayang, ‘tup tup’ dah jadi jodoh

Tak dinafikan, masyarakat kita sering memandang serong terhadap individu berusia lanjut untuk mendirikan perkahwinan dengan pasangan yang jauh lebih muda. Jurang perbezaan usia yang besar seringkali dianggap tidak mampu kekal lama, namun siapalah kita untuk menafikan soal jodoh pertemuan yang sudah ditetapkan-Nya.

Siapa sangka lelaki yang dahulunya pernah dianggap sebagai ayah angkat, kini bertukar status menjadi suami pula. Begitulah kisah dikongsi oleh Amira Hanim, 25 yang telah mencuri perhatian ramai di aplikasi TikTok baru-baru ini. Meskipun suaminya 21 tahun lebih tua, namun dia tidak melihat jarak umur tersebut sebagai penghalang cinta mereka.

viralnewsupdates.com f7fed1e507a4fdd3e1bda4135b1bc7b4.jpg

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Dulu sama tempat kerja…sebabkan sama umur dengan bapa kandung, saya jadikan ayah angkat

Mengulas lanjut awalnya Zaini Ramli, 46 dianggap sebagai ayah angkat ketika bekerja di tempat yang sama sejak tahun lalu. Namun begitu, Amira akui lama-kelamaan mula menaruh hati kepada duda yang kebetulan sama umur dengan bapa kandungnya. Akhirnya, kedua-dua mereka selamat bernikah pada pertengahan Ogos lalu selepas 2 kali lafaz.

viralnewsupdates.com 18b0883837d0a5fac5bd9d36e4363a3b.jpeg

viralnewsupdates.com 2b99fa06b3218b1e3cfb8cf0252a1edd.jpg

Tahniah moga kekal hingga Jannah…paras rupa & jarak umur bukan ukuran, yang penting hati budi

viralnewsupdates.com 2a9d9c5b073df54018ae8002035dc2f5.jpg

viralnewsupdates.com 2339f23c0ae8e9706af8055c58974b3c.jpg

viralnewsupdates.com 8e32173f212626088398c51f5c62ec0d.jpg

viralnewsupdates.com 3126f369b27e3dcf607ba32b74f14763.jpg

Rata-rata netizen akui faktor seperti paras rupa dan jarak umur bukanlah ukuran, sebaliknya paling penting adalah hati budi. Selain berharap perkahwinan tersebut kekal bahagia hingga ke Jannah, mereka yang tengah single juga berseloroh mungkin jodoh belum lahir lagi.

Kredit : TikTok mamaadha97

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*