
Mak Tidur Hotel, Anak OKU Tinggal Seorang Diri Di Rumah Terjun Apartmen!
Mak Tidur Hotel, Anak OKU Tinggal Seorang Diri Di Rumah Terjun Apartmen!. Sampai hati seorang mak meninggalkan anak lelakinya berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) seorang diri di rumahnya di Taman Melawati di sini dan menginap di sebuah hotel.
Wanita berusia 43 tahun yang bekerja di bahagian kewangan itu melakukannya kerana mahu membawa anak bongsunya ke latihan berenang.
Anak Autisme Jatuh Dari Tingkat 1
Namun tragedi malang menimpa apabila anak keduanya itu yang mempunyai masalah pembelajaran dan autisme, bertindak terjun dari tingkat satu apartmen mereka sebelum terjatuh di atas kereta, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita terbabit pada mulanya menerima panggilan daripada bekas suaminya pada jam 8.32 pagi memaklumkan anak mereka terjun dari kediaman terbabit.
Menurutnya, mangsa terjun dari tingkat satu dan jatuh ke atas kereta.
“Mangsa mengalami kecederaan iaitu lima jahitan di bahagian kepala, tangan sebelah kanan retak dan cedera di muka.
“Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Bermalam Di Hotel
Mohamad Farouk berkata, dipercayai semasa kejadian ibunya meninggalkan mangsa seorang diri di kediaman sejak jam 9.15 malam kelmarin kerana membawa anak perempuan yang berusia lima tahun pergi latihan renang dan bermalam di hotel di Damansara.
“Susulan itu, pada jam 2 petang tadi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah membuat tangkapan terhadap wanita terbabit.
“Suspek akan direman di Mahkamah Ampang esok dan kes disiasat mengikut Seksyen31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” katanya.
Sampainya hati mak tinggalkan anak OKU seorang diri di rumah, malah menginap di hotel. Anak yang mempunyai masalah pembelajaran dan autisme sememangnya memerlukan penjagaan rapi. Sama sekali tak boleh dibiarkan bersendirian di rumah demi keselamatan mereka.
Sumber: Hmetro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply