“Order Wing Tapi Dapat Kepala Ayam Disalut Tepung” Wanita Trauma Selepas Buat Pesanan Makanan

“Order Wing Tapi Dapat Kepala Ayam Disalut Tepung” Wanita Trauma Selepas Buat Pesanan Makanan

Restoran KFC atau nama panjangnya Kentucky Fried Chicken sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini kerana restoran makanan segera itu sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri dan jumlah pelanggan mereka semakin bertambah dari semasa ke semasa.

q 768x533 1

Baru-baru ini, tular mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Gabrielle yang membuat pesanan dari sebuah restoran KFC di cawangan Twickenham, tenggara London.

Namun sebaik sahaja menerima pesanan yang dibuatnya, wanita ini terkejut apabila menemui kepala ayam yang disaluti tepung goreng. Keadaan tersebut membuatkannya hilang selera untuk makan.

Terkejut dengan pesanan yang diterimanya, Gabriella kemudian memuatnaik gambar kepala ayam tersebut di laman Instagram dengan caption:

“Saya menemui kepala ayam goreng dalam hidangan kepak ayam saya, membuatkan saya hilang selera”

Gabrielle turut memberikan rating dua bintang ketika memberikan review kepada syarikat perkhidmatan penghantaran makanan JustEast sebaik sahaja menerima pesanannya.

qq 666x320 1

Restoran makanan segera tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut.

“Kami anggap perkara ini serius dan akan mengambil langkah selanjutnya dengan pembekal serta melatih pekerja kami untuk mengelak perkara serupa berulang lagi,”

Selain itu, mereka juga turut menawarkan hidangan ayam goreng percuma kepada wanita tersebut sebagai pampasan.

Sumber : arenagempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*