
Sebak ,6 Bulan Nurse Tinggalkan Tiga Anak Di Rumah Pengasuh ‘Waris Dicari’
Meruntun jiwa melihat wajah tiga orang kanak-kanak ini. Sampai hati ibu kandungnya meninggalkan tiga anak orangnya di rumah pengasuh. Dimanakah kasih sayang ibu sehingga ke syurga? Menerusi Facebook Jkm Wpkl sedang mencari waris buat tiga beradik ini.
Berikut maklumat lanjut mengenai adik beradik ini.
PENCARIAN WARIS TIGA ORANG ADIK-BERADIK KANDUNG
NAMA KANAK-KANAK:
- IAN EUSOFF BIN ABDULLAH (5 TAHUN)
- IMAAN ISABELA BINTI ABDULLAH (4 TAHUN)
- QASEH MARYAM INARA (1 TAHUN)
PEGAWAI PELINDUNG : ENCIK SHUKOR SALLEH BIN LASLILE
Tiga kanak-kanak adik-beradik di atas telah dirujuk oleh pengasuh kanak-kanak yang dikenali dengan Puan Bibe yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.
Ibu kandung kanak-kanak telah meninggalkan 3 kanak-kanak sejak Mac 2022 dan telah gagal dihubungi selepas ibu kandung kanak-kanak berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas sahaja urusan pekerjaannya selesai.
Menurut pengasuh, ibu kandung dikenali dengan nama Aishah Irene, berusia 38 tahun dan pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta.
Tiga kanak-kanak ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri dan menyukarkan pengasuh untuk menguruskan kanak-kanak terutama berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak sehinggalah pengasuh membuat laporan polis perihal mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan.
Sehubungan itu, Jabatan memohon agar ibu kandung kanak-kanak atau waris tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 atau e-mel shukor jkm.gov.my bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Sumber: Jkm Wpkl Via Keluarga
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply