Wanita hadir majlis kahwin ‘ex’, siap bersalaman – “Saya rapat dengan dua2”

Wanita hadir majlis kahwin ‘ex’, siap bersalaman – “Saya rapat dengan dua2”

Seorang wanita memilih untuk berlapang dada ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya meskipun hubungan dibina selama empat tahun putus di tengah jalan.

Menurut laporan mStar Online, Zira Hazmi berkata dia hadir ke majlis yang berlangsung pada 27 Ogos lalu itu atas jemputan pasangan mempelai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MDRT Zira (@zirahazmii)

“Saya dapat kad jemputan daripada bekas kekasih. Masa baca kad tu saya rasa tenang, gembira dan reda.

“Waktu tu saya cuma fikirkan bahawa orang yang saya sayang sebelum ni dah jumpa kebahagiaan dan serasi dengan dia… boleh jaga dia sampai akhir hayat.

“Dulu masa kami jadi pasangan memang tak serasi dan asyik salah faham sampai semua benda serba tak kena.

“Jadi kami putuskan hubungan dengan cara baik dan matang. Saya anggap dia bukan jodoh,” mata wanita berusia 32 tahun itu. 

Bagaimanapun, Zira berkata ketika itu, mereka tetap berkawan baik malah hubungan tersebut tidak menjadi isu bagi kekasih lelaki berkenaan.

“Lepas berpisah dulu, setahun kami tak jumpa. Memang tak ada sebarang komunikasi langsung antara kami.

“Walaupun berat nak terima kenyataan, saya sibukkan diri dengan kerjaya. Kami berjumpa balik lepas tu pun atas urusan melibatkan kerja saja.

“Lepas tu hubungan kami lebih rapat tapi dia dah ada orang lain iaitu isteri dia sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, Zira mengulas tentang video yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan dia bersalaman dengan mempelai dimana pengantin lelaki turut mencium tangannya.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Perunding takaful itu menjelaskan, ia sepatutnya tidak menjadi isu kerana masing-masing sudah ‘move on’ serta mempunyai kehidupan tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MDRT Zira (@zirahazmii)

“Isteri dia memang kenal saya. Dia tahu cerita mengenai kami sebelum ni jadi tak ada masalah pun.

“Masalah cemburu tu dah tak ada antara kami sebab kami memang sudah jadi kawan. Saya sangat rapat pun dengan kedua-dua mereka,” kongsinya lagi. 

Sumber: mStar Online (Wais Qorni Azizan) , TikTok & Instagram Zira Hazmi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*