Anak Faziani Rohban menikah, kerusi adik bongsu kosong buat keluarga sedih

Anak Faziani Rohban menikah, kerusi adik bongsu kosong buat keluarga sedih

Pemergian pengasas produk D’nars, Faziani Rohban sekitar tahun 2019 sememangnya sangat mengejutkan. Dia yang meninggal disebabkan kemalangan jalan raya telah meninggalkan beberapa orang anak.

Anak sulung dah selamat bernikah

Selepas hampir 3 tahun pemergiannya, anak lelaki kepada pengasas produk kecantikan itu iaitu Mohamed Iqbar Hakim Jasman telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.

Anak sulung kepada allahyarham Faziani Rohban itu merupakan antara yang sering menjadi tumpuan setelah pemergian ibu tersayang disebabkan beberapa isu melibatkan keluarga serta perniagaan mereka.

Kerusi Qaseh kosong

Namun begitu, disebalik kegembiraan ahli keluarga diatas perkahwinan Iqbar, mereka tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila adi bongsu kepada jejaka tersebut yang dikenali sebagai Qaseh tidak berada sama dengan mereka.

Dapat dilihat menerusi perkongsian di TikTok Faizul Rohban, kerusi yang sepatutnya diduduki oleh Qaseh dibiar kosong sedangkan kerusi-kerusi disekitarnya sudah penuh.

Sedih adik bongsu kesayangan tak datang

Menjengah keruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku sehingga adik kesayangan kepada pemuda tersebut tidak dapat sama-sama menyaksikan hari yang cukup bersejarah buat abangnya.

Walau bagaimanapun, perkongsian yang dibuat di TikTok itu telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet yang gembira diatas pernikahan anak kepada pengasas produk D’nars itu.

IMG 4949

IMG 4950

IMG 4951

IMG 4952

IMG 4953

Difahamkan, adik bongsu Iqbar kini tinggal bersama bekas bapa tirinya yang sudahpun berumah tangga selepas pemergian ibu.

Beberapa isu melibatkan keluarga mereka telah menjadi perbualan di media sosial lebih-lebih lagi sewaktu pemuda terbabit ditahan polis atas tuduhan mengugut bapa tirinya.

Sumber: TikTok king.fadino, faizulrohban

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*