
Isteri dah berhijab, Usop beri respon – “Saya mula nikmati hidup jadi suami..”
Baru-baru ini, penyanyi Usop meluahkan kegembiraan apabila isterinya Teha Hashim tampil dengan imej baharu mengenakan hijab.
Memetik laporan BOOM!, penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, Teha yang kini hamil cahaya mata sulung nekad melakukan penghijrahan selepas mendengar nasihatnya.
View this post on Instagram
“Saya tanya dia, nak dapat rezeki banyak tak? Dia jawab nak. Lepas tu saya tanya lagi, kalau betul-betul nak, boleh tak awak pakai tudung?,” katanya.
Bercerita lanjut, Usop berkata isterinya tidak mengambil masa lama dalam membuat keputusan tersebut sekali gus meletakkan niat untuk menutup aurat.
View this post on Instagram
“Tak fikir panjang, dia terus setuju. Dari situlah detik dia tetapkan niat untuk tutup aurat.
“Apabila isteri dengar cakap suami dan suami juga dengar kata isteri, barulah segalanya menjadi, insya-Allah,” ujarnya.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Sejarah Cinta Ku itu mengakui kehidupan rumah tangga mereka semakin bertambah baik selepas beberapa minggu isterinya tampil dengan lebih sopan.
View this post on Instagram
“Jujurnya, walaupun baru berkahwin, saya dah mula nikmati hidup sebagai suami. Segala yang dirancang berjalan lancar…
“…dan kini cuma menunggu kehadiran orang baharu dalam hidup kami berdua,” kata naib juara program Mentor
Milenia 2017 dan Big Stage musim ketiga itu.
Untuk rekod, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor dan isteri berkahwin pada 4 Februari lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
View this post on Instagram
Sumber: BOOM! (Mikha Mahkota) , Instagran Usop
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply