Dakwa Sudah 16 Kali Mengandung, Ini ‘Kisah Gelap’ Di Sebalik Lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan

Dakwa Sudah 16 Kali Mengandung, Ini ‘Kisah Gelap’ Di Sebalik Lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan

Sekiranya anda merupakan pengguna media sosial khususnya TikTok pastinya anda cukup tahu lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan yang dinyanyikan oleh Intan Lembata Bunting.

Di sebalik lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan, Intan Lembata Bunting menyimpan kisah ‘gelap’ yang tersendiri. Malah, pendedahan beliau menerusi temu bual bersama Angga Candra menjadi platform untuk beliau mendedahkan meluahkan kisah di sebalik lagu yang disangka sekadar gurauan bagi orang ramai.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Menurut Intan Lembata Bunting, beliau sudah mengenali Rehan selama setahun lebih. Pertemuan mereka buat pertama kali adalah sewaktu Intan Lembata mimpi sewaktu di hutan yang dipenuhi pokok jagung. Beliau turut mengesahkan jagung di hutan tersebut turut menjadi saksi kepada pertemuan mereka.

Pendedahan yang dibuat sekaligus membuatkan Angga Candra yang menemu bual beliau hairan sekaligus bertanyakan sama ada Rehan benar-benar wujud atau sebaliknya.

“Percintaan yang ada tapi tidak ada. Cinta itu bagi aku benar tapi bagi orang lain tidak,” respon Intan Lembata mengenai percintaan beliau Rehan.

Lebih mengejutkan ramai, beliau sebelum ini turut mendakwa sudah 16 kali mengandungkan anak Rehan. Hal ini sekaligus turut menjadi tanda tanya bagi orang ramai bagaimana pertemuan singkat selama setahun setengah mampu membuatkan beliau mengandung sehinggan 16 kali.

Dalam pada itu, Intan Lembata dengan penuh yakin memaklumkan kejadian mengandung selama 16 kali itu benar menurut beliau sendiri namun hanya di alam halusinasi dan bukan di alam sebaliknya.

Pendedahan yang dibuat jelas membuatkan para netizen lebih hairan. Malah, tidak kurang juga memaklumkan berasa seram dan kelakar dengan penjelasan Intan Lembata. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Screenshot 2022 09 25 at 10.35.24 AM

Screenshot 2022 09 25 at 10.35.43 AM

Untuk pengetahuan, lagu yang dinyanyikan Intan Lembata Bunting ini merupakan sebuah lagu daripada kumpulan The Junas bertajuk Cukup Dikenang Saja.

Lagu sebenar ini tidak menyertakan nama Rehan sebaliknya kreativiti Insta Lembata sekaligus membuatkan lagu ini kembali menjadi carian ramai berikutan cover beliau yang tular.

Sumber : thevocket

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*