Rumah Berbau Busuk Beberapa Hari, Sekeluarga Cari Puncanya Terkejut Melihat Kepala Terjulur Keluar Dari Siling

Rumah Berbau Busuk Beberapa Hari, Sekeluarga Cari Puncanya Terkejut Melihat Kepala Terjulur Keluar Dari Siling

Penhuni rumah satu keluarga berasa tidak selesa selama beberapa hari kerana terhidu bau busuk yang tidak diketahui puncanya. Bau busuk itu pula telah memenuhi ruangan rumah mereka terutamanya bilik air.

Selepas itu tiba-tiba ada air menitis dari siling rumah mereka berwarna merah kehitaman. Pada mulanya mereka ingatkan air itu sebab hujan ataupun air karat, tapi berasa sedikit pelik kerana baunya masam.

Mereka pun membersihkan bilik air rumah mereka namun bau busuk tersebut masih tidak hilang-hilang.

Screenshot 2021 08 15 at 10.05.42 PM

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk memecahkan siling di bilik air kerana merasa ada sesuatu yang tidak kena. Sambung kisahnya, lelaki ini menceritakan bapanya yang mengambil tugas untuk pecahkan siling tersebut.

Namun apabila sudah pecahkan sedikit, mereka terkejut apabila satu kepala binatang tiba-tiba keluar terjulur dan bau makin busuk! Menurut lelaki ini, dia terus lari keluar rumah dan muntah-muntah kerana tak tahan.

Screenshot 2021 08 15 at 10.05.49 PM

Akhirnya terjawab sudah persoalan mereka, apa punca bau busuk di bilik air. Rupanya ada bangkai musang di atas siling bilik air dan air berwarna mereka kehitaman yang menitik itu adalah darahnya.

Screenshot 2021 08 15 at 10.06.01 PM

Bangkai tu dah dibuang tapi nak jadikan cerita asbestos kat tempat musang tu bersemadi dah melekat bau haruman seribu bunga. Bahagian atas tu pun berselirat dengan wayar lampu dan lain-lain.

Lelaki ini sempat bertanya dalam status facebooknya mengenai apa perlu dilakukan untuk hilangkan bau busuk tersebut. Ada banyak juga cadangan-cadangan daripada netizen yang memberikan pendapat masing-masing.

Screenshot 2021 08 15 at 10.06.01 PM 1

Tak kurang juga yang berseloroh suruh beli dan pindah rumah baru, haa

Screenshot 2021 08 15 at 10.06.28 PM

Sumber: Tukang Apa Hari Ini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*