“Biadap & pengotor!”- Ramai kritik tindakan Noh Salleh meludah atas pentas

“Biadap & pengotor!”- Ramai kritik tindakan Noh Salleh meludah atas pentas

Nama vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh sekali menjadi bualan hangat warganet apabila tular sebuah video memaparkan kelakuannya yang dikatakan kurang sopan dan keterlaluan di konsert Hausboom Music 2022.

Noh Salleh ludah atas pentas

Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali @myraibrahim, kelihatan Noh meludah ke arah peminat yang berada di bawah pentas ketika sedang melakukan persembahan.

Bukan setakat itu, difahamkan pemilik nama Mohammad Noh Salleh turut mencampakkan microphone stand ke arah peminat.

Dalam video tersebut, disertakan kapsyen ringkas yang ditulis “Nasib la siapa kena ludah tu“.

Main2 renjis air

Selain itu, pengguna tersebut turut berkongsi video penyanyi berusia 37 tahun ‘belanja’ renjisan air sebotol kepada pengunjung yang hadir.

Pengotor dan biadap!

Ramai warganet meluahkan kekecewaan dan berang dengan sikap penyanyi tersebut yang dilihat kurang ‘adab’ terutama di khalayak ramai. Tidak kurang juga ada yang menggelarkan Noh seorang yang biadap, pengotor dan artis kelas bawahan.

Screenshot 2022 10 03 at 9.44.20 AM

Screenshot 2022 10 03 at 9.44.30 AM

Screenshot 2022 10 03 at 9.44.46 AM

Screenshot 2022 10 03 at 9.44.55 AM

Screenshot 2022 10 03 at 9.46.04 AM

Nampak macam tengah ‘high’

Selain itu, ada juga warganet berpendapat penyanyi itu seperti mengambil sesuatu barang terlarang sebelum membuat persembahan. Ia berikutan aksi yang dilakukannya itu terlampau ekstrem dan berada dalam dunia khayalan sendiri.

Screenshot 2022 10 03 at 9.46.17 AM

Screenshot 2022 10 03 at 9.46.58 AM

Budak perempuan dan security yang kena

Difahamkan individu yang terkena ‘ludahan’ Noh Salleh di situ adalah pengunjung wanita dan pegawai keselamatan bertugas.

Screenshot 2022 10 03 at 9.55.46 AM

Miss Nina buat keputusan yang betul

Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh bekas isteri Noh Salleh iaitu Mizz Nina.

Untitled

Lepas bercerai ramai akan hilang hormat pada Noh Salleh

Screenshot 2022 10 03 at 10.00.03 AM

Terdahulu, nama Noh Salleh menjadi bualan ramai apabila dia tampil memegang putung rokok ketika memperagakan pakaian di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022 di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Kelakuannya itu bukan sahaja mendapat kritikan dan teguran daripada warganet, bahkan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sumber: Twitter @myraibrahim_

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*