
“Cukupla malukan diri sendiri” -Konten ‘cringe’ TikToker wanita buat ramai meluat
Kemunculan ramai TikToker dengan konten merepek nampaknya menjadi salah satu punca mengapa sesetengah pihak melihat TikTok sebagai satu aplikasi yang negatif.
Sedangkan, banyak lagi konten yang memberi ilmu serta hiburan yang tidak keterlaluan walaupun masing-masing mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Kata terencat kang kena kecam
Paling membuatkan warganet meluat sudah tentu kemunculan TikToker yang menyajikan konten kurang bijak sehingga ada yang diangkat sebagai selebriti.
Salah seorang yang menjadi perbahasan netizen di media sosial adalah TikToker dikenali sebagai Ratu Farah Diva apabila kerap memuat naik video memberi pickupline kepada artis-artis yang ditemuinya walaupun hakikatnya ia langsung tidak kelakar.
Kita semua nampak usaha Aizat untuk tak bagi situation nampak awkward 😂 pic.twitter.com/DkNA7Iieqa
— Addam Darshan. (@AdwinWidanta) October 1, 2022
Agak-agaklah kalau beria nak malukan diri sendiri
Menerusi ciapan yang dibuat oleh pengguna Twitter dikenali sebagai pittssuda, dia yang tidak mengenali TikToker wanita itu meminta netizen berhenti untuk menularkan video-video pickupline TikToker berkenaan kerana berasa sangat meluat.
Hal tersebut disetujui oleh warganet yang lain kerana perilakunya sangat memalukan apabila membuat konten seperti insan ‘kurang sihat’ walaupun sebelum ini dia pernah menafikan dirinya termasuk dalam kategori ‘istimewa’.
Aizat tulis apa tu?
Dalam pada itu, video yang dikongsikan semula oleh AdwinWidanta itu jelas menunjukan penyanyi terkenal, Aizat Amdan berusaha untuk membuatkan suasana ketika di dalam video tidak terlalu ‘annoying’ walaupun ramai netizen merasakan hal tersebut.
Disebabkan video terbabit viral dan dibualkan netizen di Twitter, Aizat sempat menulis satu ciapan yang dipercayai merujuk kepada video yang dikongsikan oleh Ratu Farah Diva.
Menjengah ke ruangan TikTok Ratu Farah Diva itu, dia sememangnya banyak membuat video dengan beberapa artis Tanah Air sambil mengeluarkan ‘pickupline hambar’ sehingga selebriti terbabit tergelak paksa sedangkan ia sama sekali tidak kelakar.
Diharap ‘nasihat’ dan juga kritikan yang dibuat netizen kepada TikToker wanita itu diambil perhatian agar tidak memalukan dirinya sendiri di lain masa.
Sumber: Twitter pittssuda, AdwinWidanta, Aizat Amdan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply