
Akibat Lama Menunggu Makanan, Ini Yang “Abang Panda” Buat.
Sejak kerajaan umumkan kebenaran dine-in untuk yang dah lengkap dua d0s vaks1n, ramai yang ambil kesempatan untuk ke restoran kegemaran masing-masing kan. Tuan kedai pun sampai tak cukup tangan lah nak siapkan order pelanggan dine-in, masuk sekali dengan yang order delivery memang lambat lah order dapat.
Menyedari keperluan menyiapkan order untuk dihantar ke pelanggan di rumah, seorang rider makanan mengambil keputusan untuk siapkan order tu sendiri. Takut kena marah dengan pelanggan disamping nak kejar job delivery, cara terbaik nak pastikan makanan siap ialah tolong restoran buat makanan. Korang boleh tengok gelagat rider tu dalam video arivinraj_turu kat bawah ni.
Ramai Netizen Terhibur
Bijak betul keputusan yang diambil oleh rider tu. Makanan pun dapat cepat, pelanggan yang order delivery pun tak marah. Bagus!
Min rasa, dia mesti ada pengalaman makanan lama sangat nak siap kat kedai tu. Itu pasal dia masuk dan tolong siapkan order.
Belajar dari pengalaman. Dia tolong buat, cepat sikit order siap. Kerja dia settle, customer pun dapat makanan. Semua orang happy.
Mungkin dia ada skill dan mungkin juga dia pernah kerja kat situ. Benda memang dia dah tahu, dia buat je terus bagi settle.
Ni min setuju. Rider-rider ni memang banyak background yang ada skill-skill tertentu. Memang tak hairan lah asal ada video viral je, mesti ada rider makanan, hijau ke pink ke semua muncul kat situ.
Sumber : imuslimnetwork
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply