“Maaf Saja Tak Cukup” – ‘Prank Murahan’ Baim Wong & Isteri Calarkan Imej Polis

“Maaf Saja Tak Cukup” – ‘Prank Murahan’ Baim Wong & Isteri Calarkan Imej Polis

Sebenarnya Paula sudah ingatkan saya…tapi disebabkan ego saya tetap teruskan

Ibarat menangguk di air keruh, demikianlah isu yang dicetuskan oleh Baim Wong baru-baru ini. Terdahulu, YouTuber dan aktor terkenal Indonesia ini meminta isterinya iaitu Paula Verhoeven hadir ke balai polis bagi membuat laporan kononnya dia telah melakukan keganasan rumah tangga. Bagaimanapun, ‘prank murahan’ tersebut hanya mengundang kecaman dalam kalangan netizen gara-gara amat keterlaluan selain turut menyusahkan pihak berkuasa.

viralnewsupdates.com 84b455e5b819cc87e986ba1119f05f79.jpg

Susulan itu, Baim Wong tampil mengaku ia adalah kesilapan sendiri serta membuat permohonan maaf secara terbuka. Ujarnya, dia membuat content sedemikian gara-gara sudah ada jalinan yang baik dengan pihak balai polis daerah Kebayoran Lama. Namun sangkaannya jauh meleset kerana tidak sensitif sekali gus mencalar institusi pemerintahan. Selain itu, Baim juga merasakan dirinya ego walaupun sudah dinasihati oleh isterinya agar tidak berbuat demikian.

Minta maaf saja tak cukup…kerana rakyat kita tak boleh dibodohkan dengan video prank

Dalam satu kenyataan daripada wakil balai polis terlibat, pihaknya akui Baim Wong dan isteri hadir memohon maaf serta berikan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan isu tersebut. Bagaimanapun, ia tidak cukup kerana perkara ini seolah-olah memperlekehkan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Gara-gara kesalahan membuat laporan palsu, pasangan selebriti tersebut juga boleh dihukum maksimum penjara 1 tahun 4 bulan jika sabit kesalahan.

Dulu respect, tapi sekarang tidak lagi…isteri pun ikut saja, berapa kali nak minta maaf sampai betul-betul serik?

Meskipun dipandang tinggi kerana telah membantu ramai orang susah dahulu, tapi rata-rata netizen kini berasa kecewa terhadap pasangan selebriti terbabit. Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa ‘muak’ dengan permohonan maaf Baim Wong setiap kali mencetuskan satu persatu kontroversi.

viralnewsupdates.com 63358d757fd6bf434e02847d24c6c390.jpg

viralnewsupdates.com bbd10865c834008f647518cc0b79a488.jpg

viralnewsupdates.com 4228bf5a6ab03e59d42b36396202b4a3.jpg

Kredit : IG baimwong & TikTok penting_gak_penting

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*