
Penceramah Motivasi Terkenal Memeluk Islam, Bersyahadah Di Depan Kaabah. “Merupakan hak istimewa dan kehormatan besar untuk menjadi seorang Muslim”
Di kala keben.cian serta penin.dasan terhadap Muslim sedang marak di India, seorang wanita yang juga penceramah motivasi, guru dan aktivis hak asasi negara itu, Sabarimala Jayakanthan, 40, memu.tuskan untuk memeluk agama Islam setelah membaca dan memahami kandungan kitab suci Alquran.
Keputusan ini telah membuat negara tersebut gem.par. Sejurus setelah memeluk Islam, Sabarimala yang berasal dari India Selatan itu terus pergi ke Makkah bagi menunaikan umrah pada bulan Ramadhan lepas, tahun ini.
Dalam sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan wanita itu mengucapkan dua kalimah syahadah sambil berdiri di Masjidil Haram.
Dia turut memaklumkan memilih nama Fatima Sabarimala sebagai nama Islamnya. “Saya mengubah nama saya menjadi Fatimah kerana cinta dan hormat kepada puteri Nabi Muhammad SAW,” jelasnya dalam video tersebut.
Kalian Ada ‘Buku’ Yang Menakjubkan!
Dalam video lain, Sabrimala menjelaskan mengapa dia membuat keputusan untuk masuk Islam. Sabrimala mengungkapkan bagaimana dirinya tertarik kepada kitab suci Al-quran.
“Saya bertanya pada diri sendiri mengapa ada begitu banyak keben.cian terhadap Muslim di negara kita, dan saya mulai membaca Al-quran sebagai orang yang neutral, dan kemudian saya tahu jawapannya. Kini, saya mencintai Islam lebih daripada diri saya sendiri,” katanya.
“Merupakan hak istimewa dan kehormatan besar untuk menjadi seorang Muslim,” kata guru itu lagi.
Sabrimala turut meminta umat Islam untuk memperkenalkan Alquran kepada dunia. Dia bertanya kenapa ramai orang yang hanya menyembunyikan Al-quran di rumah saja. Sabrimala pun mendorong agar dunia membaca Alquran.
“Kalian mempunyai ‘buku’ yang sangat hebat dan menakjubkan, kenapa anda semua menyembunyikannya di dalam rumah. Seluruh dunia mesti membacanya,” katanya semasa berada di Makkah.
Latar Belakang Fatima Sabarimala
Sabarimala lahir pada 26 Disember 1982 di Madurai, dari pasangan Alagharsamy dan Kalaiyarasi. Dia menikah dengan Jayakanthan dan memiliki seorang putera bernama Jayacholan.
Sabarimala menamatkan pendidikannya di Dindigul, Tamil Nadu, dan menjadi guru pada tahun 2002. Dia berhenti dari pekerjaannya sebagai guru sekolah negeri dengan mengatakan bahwa bangsa lebih penting daripada pekerjaannya.
Sabarimala berada di barisan hadapan dalam perjua.ngan membawa sistem pendidikan tunggal di seluruh India. Tokoh masyarakat Tamil Nadu ini juga terlibat dalam khidmat masyarakat sejak 2002. Dia telah memperjuangkan kesetaraan pendidikan dan perlindungan hak-hak kanak-kanak perempuan dan wanita.
Dia juga menjadi pengasas kepada sebuah organisasi bernama “Vision 2040” pada tahun 2017 di Tamil Nadu yang bertujuan memperju.ang perlindungan terhadap kanak-kanak perempuan dan membawa sistem pendidikan tunggal.
Di samping itu, beliau juga telah menulis sebuah buku tentang perlindungan anak perempuan dan telah mengedarkan kepada 5000 gadis remaja. Sabarimala juga pernah mengumpul dana 1 lakh rupee untuk keluarga Rithanyasree, seorang gadis, mang.sa yang mening,gal dalam kes jen4yah s3ksual.
Perjalanan Kerjaya
Sebagai seorang motivator, Sabarimala telah melalui lebih dari 2 ribu tahap. Dia telah menjadi panel perbicaraan di lebih 200 platform dan menjadi moderator beberapa program TV di Vander TV, News7 TV, Jaya TV, dll. Dia mengatakan, pidatonya bukan untuk bisnes tetapi untuk perubahan sosial.
Misinya ketika ini adalah mendidik para pelajar menjadi pembicara umum. Dia telah mendidik dan mempersiapkan ribuan pelajar untuk calon pidato di seluruh Tamil Nadu. Dia pernah membentuk parti politik “Parti Pembebasan Wanita” (WLP) dengan motif femi.nis.
Di negara itu wanita hanya dipandang sebagai objek untuk mengandungkan anak serta mesin di dapur. Dan Parti Pemb3basan Wanita ini akan memat.ahkan stere0taip itu seterusnya mengubah status sosial wanita di Tamil Nadu. Kini, beliau turut giat ke hadapan mempertahankan Islam di India.
Allahuakbar!
Sumber: harmagidun
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply