Pencuri tenang, selamba angkut tong gas panjat pagar! Tapi netizen tak simpati… “Bagus, akak buat syarat pertama rakam dulu”

Pencuri tenang, selamba angkut tong gas panjat pagar! Tapi netizen tak simpati… “Bagus, akak buat syarat pertama rakam dulu”

Aksi pencuri yang sempat dirakam seorang wanita.
AKIBAT terdesak untuk mendapatkan wang, orang sanggup melakukan apa saja.

Ini termasuklah mencuri secara terang-terangan sambil disaksikan tuan rumah di siang hari.

Pendek kata selagi boleh ‘dibuat’ duit, tong gas juga sanggup diangkut kerana tahu ada harganya.

Menerusi satu video yang tular, kedengaran seorang wanita menjerit sekuat hati sambil merakam perbuatan seorang lelaki menceroboh pagar rumahnya.

“Pencuri! Pencuri!” jerit wanita itu berulang kali terhadap seorang pemuda yang datang menunggang motosikal.

Malangnya jeritan wanita berkenaan tidak dipedulikan, sebaliknya pencuri terbabit mengangkat tong gas keluar dengan memanjat pagar rumah dan bersahaja beredar tanpa tindak balas cemas sebelum melarikan diri.

Kejadian dikatakan berlaku di Taman Rakan di Cheras, Selangor, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

1762141

Tanpa rasa takut, si pencuri beredar melarikan tong gas.

“Tong gas pun kena rembat. Dah habis benda dah nak curi, tong gas pun jadi.

“Mak aih selambanya. Macam-macam sekarang.

“Bahayanya, sampai macam tu sekali berani masuk curi.

“Rumah tak ada tong gas tu, biarlah dia ambil, kita sedekah.

“Zaman sekarang ni curi tak ada sorok-sorok dah. Depan mata je, risau sangat dunia sekarang,” demikian antara komen netizen.

Yes, kak bagus… akak dah buat syarat pertama iaitu rakam dahulu.

NETIZEN

Tong gas yang dicuri dipercayai kosong dan diletakkan di perkarangan rumah sementara menunggu penjual datang untuk menukar ganti yang baharu.

“Kuat tangan dia, boleh angkat sebelah tangan je tong gas tu.

“Sesak sungguh tu sampai tong gas pon dia sapu… sabar je la akak,” kata beberapa lagi netizen.

1762143

Antara komen netizen.

Pada masa sama, ada yang mempersoalkan tindakan wanita itu yang hanya merakamkan aksi pencuri sehingga dia beredar.

“Dia panggil pencuri, bukan panggil polis.

“Kenapa jerit, tak kejar? Pelik betul.

“Yes, kak bagus… akak dah buat syarat pertama iaitu rakam dulu,” kata yang lain.

Setakat ini, tiada pengesahan atau kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian.

Kurang 24 jam, video tersebut meraih lebih 2 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*