Babak panas, Zul Ariffin mengaku salah muat naik kandungan sumbang

Babak panas, Zul Ariffin mengaku salah muat naik kandungan sumbang

Pelakon popular, Zul Ariffin mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di laman Instagram miliknya pada Mac lalu.

ZulAriffin

Memetik laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhisham Mohd Jaafar.

Sebelum itu, dia yang memakai sut kelabu gelap dan pelitup muka itu tiba kira-kira jam 8.10 pagi tadi dengan menaiki Toyota Vellfire hitam sambil diiringi oleh peguam serta rakan.

download

Berdasarkan pertuduhan berkenaan, pelakon drama Tarik Aku Ke Syurga itu didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

zul ngaku

Terdahulu, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin menimbulkan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita bagi mempromosikan sebuah drama.

Sumber: Kosmo! Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*