Budak Kampung Struggle Cari Kos Rawatan Ayah, Kisah Sedih Lesti 8 Tahun Lalu

Budak Kampung Struggle Cari Kos Rawatan Ayah, Kisah Sedih Lesti 8 Tahun Lalu

Dahulu duduk kampung secara sederhana…Bantu ibu jual Mie Ayam

Sebelum mencipta populariti luar biasa, Lesti Kejora juga memulakan perjuangannya dari titik kosong. Menurut bapanya, Endang Mulyana, suara merdu anak perempuan tunggalnya itu sudah dikesan sejak usia 2-3 tahun lagi. Apabila ditanya mengapa suka menyanyi, Lesti berkata memasang impian menjadi artis satu hari nanti.

Untuk menyara kehidupan, Endang Mulyana hanya bekerja sebagai pemandu peribadi di Kota Bandung. Manakala Lesti juga rajin membantu ibunya menjual mi secara kecil-kecilan bagi menyara keluarga. Memiliki nyanyian luar biasa, namun ketika itu dia hanya mampu membuat persembahan di panggung kenduri ataupun acara kecil di kampung-kampung.

pnews.space e55290f1c355763eb896ac28484849c0 e1664871417699

pnews.space bbfa0727711cdf9beaa85aedfbae3218

Usia 14 tahun, Lesti merantau ke Jakarta ditemani ayah untuk sertai pertandingan dangdut

Saat remaja lain seronok menerokai dunia muda, Lesti sanggup melupakan semua itu. Dengan tekad mahu mencari dana rawatan ayahnya, dia pergi ke Jakarta bagi menyertai sebuah pertandingan nyanyian dangdut, D’Academy. Meskipun dipandang rendah kerana baru berusia 14 tahun, rezeki Allah menetapkan Lesti berjaya menjadi juara. Namanya mula terkenal, menerima pelbagai kontrak dari syarikat rakaman dan memenangi banyak anugerah sehinggalah sekarang.

pnews.space f5fa36c7085db10eee23db457236710c

Saya kena terus bersederhana dalam situasi apa pun…Kena terus bersyukur

Ketika populariti memuncak, penyanyi tersebut tetap dengan pendirian harus bersikap sederhana. Sebab itulah apabila berita penganiayaan oleh Rizky Billar tersebar, ramai tangisi nasib malang Lesti kerana perjalanannya mengubah hidup cukup perit. Saat sudah berjaya menyenangkan keluarga tersayang dan membina perkahwinan, kebahagiaan Lesti selaku isteri cuma bersifat sementara selepas dikhianati suami sendiri.

pnews.space d4707c592501ca27862fda3389250ace

Kredit : FB Leslar Lover,Portal Kapan Lagi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*