
Ajal ketika ziarah kubur… kerani rebah, hembus nafas terakhir sebelah pusara adik
Menurut saksi, mangsa rebah secara tiba-tiba di sebelah kubur adiknya. Gambar hiasan
SEORANG kerani wanita berusia 46 tahun rebah dan meninggal dunia di sebelah kubur arwah adiknya di tanah perkuburan Islam di Lubok China, Alor Gajah, Melaka, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu berkata, mangsa dikenali sebagai Suhaidzra Abd Zahar, bekerja di sebuah firma guaman di Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut Arshad, mangsa kerap menziarahi kubur adik lelakinya yang meninggal dunia November tahun lalu.
“Mangsa sangat menyayangi adiknya dan sering memandu dari rumahnya di Seremban Dua ke Lubok China untuk menziarahi kubur arwah.
“Saksi memberitahu mangsa rebah secara tiba-tiba di sebelah kubur adiknya pada pukul 10.45 pagi,” katanya.
Arshad berkata, mangsa merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik dan masih bujang.
Beliau berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, sehingga hasil laporan bedah siasat diterima dari Hospital Alor Gajah.
Arshad menambah, laporan awal hospital menunjukkan mangsa mengalami serangan jantung.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply