
Kasih Tanpa Sempadan Walau Berlainan Agama, Chee Hoi Lan Dinobat Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia
Kasih tanpa sempadan walau berlainan agama, Chee Hoi Lan dinobat Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia. Walau tidak lahir dari rahimnya namun ia sedikit pun tidak meletakkan sempadan kasih dalam memberikan kasih sayang.
Tak hairanlah, kasih tanpa sempadan ini mengangkat namanya sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini.
Kemurnian wanita warga emas yang juga pesara guru tadika, Chee Hoi Lan, 83, atau dikenali Laoshi yang menjaga sejak kecil Rohana Abdullah beragama Islam membuatkan dirinya dipilih penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Chee Hoi Lan dipilih penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia. Gambar Harian Metro
Harian Metro sebelum dalam laporan bersiri menyiarkan kisah wanita Cina, Hoi Lan menunjukkan kemurnian hati dan kasih sayang yang tinggi selepas memelihara Rohana sejak berusia dua bulan lagi.
Biar berbeza budaya dan agama, itu tidak menjadi penghalang untuknya menumpahkan kasih sayang kepada remaja itu termasuk menyediakan wang untuk mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (Kafa). Lebih menyebakkan, Rohana ditinggalkan oleh ibunya yang juga warga Indonesia sedari kecil.
Kemurnian hatinya memelihara Rohana dan memberikan pendidikan terbaik menarik perhatian pihak UTeM yang menawarkan Rohana tajaan pengajian peringkat Diploma Sains Komputer, selain wang saku dan bantuan sokongan lain.
Berdasarkan temubual sebelum ini, Rohana berkata, dia sangat terharu dengan peluang pengajian yang diberikan dan seolah-olah diberikan nafas baharu untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.
“Saya sangat bersyukur di atas peluang yang diberikan UTeM ini. Meskipun sedih kerana terpaksa berjauhan dari ibu angkat saya, namun saya akan pulang bertemunya setiap kali berkesempatan. Kasih dan sayangnya kepada saya, memberikan saya kekuatan.
Rohana dijaga dari usianya dua bulan dan kini sudah memasuki UTeM
Sementara itu, selebriti, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.
Tokoh korporat, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan penerima Anugerah Perdana, manakala Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Prof Datuk Dr Azizan Baharudin menerima anugerah bagi Ikon Sains dan Peradaban.
Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman (Ikon Media Islam); Pengasas Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim (Ikon Korporat Islam) dan pakar kaunseling, Hushim Salleh (Ikon Kaunselor dan Motivasi).
Penganugerahan itu diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff ketika Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan.
Sumber : mingguanwanita
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply