Hadiahkan pekerja iPhone 14, ramai idam majikan seperti Syahmi Sazli

Hadiahkan pekerja iPhone 14, ramai idam majikan seperti Syahmi Sazli

Tindakan pengarah filem dan YovTvber terkenal, Syahmi Sazli menghadiahkan sebuah telefon pintar jenis iPhone 14 kepada seorang pekerjanya meraih pujian ramai di laman Fbk.

Menerusi satu muat naik video di akaun Syahmi Sazli Production, YovTvber berusia 27 tahun itu berkata, dia memilih pekerja wanita tersebut selepas dinilai oleh beberapa faktor.

Iphone 14 untuk pekerja air balang Mi (nama panggilannya). Mi pilih berdasarkan pelbagai sudut,” tulis pengarah filem fenomena Mael Totey itu semalam.

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan dia menghulurkan kotak produk keluaran Apple tersebut kepada pekerjanya sambil diperhatikan oleh kakitangan yang lain.

Sebaik menerima, wanita terbabit menunjukkan reaksi segan namun dalam masa sama tersenyum gembira atas pemberian yang penuh berharga itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Syahmi yang menghargai pekerja dalam membantu perniagaannya sehingga laris dengan keuntungan berlipat kali ganda.

Malah, ada juga segelintir individu berharap dapat memiliki majikan seperti YovTvber itu yang sering berkongsi rezeki sekali gus merapatkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Takde isu, pekerja lain pun dapat hadiah – Syahmi

edit gambar artikel 11

edit gambar artikel 12

edit gambar artikel 13

Terdahulu, perniagaan air balang Syahmi terus mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan yang beratur panjang selepas mula ditularkan sejak bulan puasa lalu.

Sumber: Syahmi Sazli Production

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*