“Oppa kena renjatan elektrik..”- Imej Nazim Othman buat ramai terhibur

“Oppa kena renjatan elektrik..”- Imej Nazim Othman buat ramai terhibur

Jika anda mengikuti perkembangan aktor kacak dan berbakat besar, Nazim Othman di media sosial pasti ramai mengetahui dia kini sedang menikmati percutian di sebuah pulau di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, penampilannya pada percutian kali ini mencuri perhatian ramai orang terutama pengikutnya di laman Instagram dan TikTok.

Sebelum dan selepas di Bali

Menerusi video dimuat naik, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 37, dilihat dia berkongsi dua gambar berbeza yang memaparkan dua sisi berbeza iaitu sebelum dan selepas percutian di Bali.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah wajah semasa Nazim selepas beberapa hari berada di pulau tersebut. Mana tidaknya, dia dikenali dengan wajah ala K-Pop akhirnya bertukar termasuk rambutnya seperti terkena renjatan elektrik.

Screenshot 2022 10 11 at 9.35.40 AM

Macam kena renjatan elektrik

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan rasa terhibur melihat video sebelum dan selepas bercuti di Bali.

Screenshot 2022 10 11 at 10.00.40 AM 1

Ada letopan kat kayangan ke? Macam lepas kena meletop

Tidak kurang juga ada yang bertanya sama ada terdapat letupan atau tidak di sana.

Screenshot 2022 10 11 at 10.00.30 AM 1

Screenshot 2022 10 11 at 10.01.26 AM 1

Terkejut, habis rentung

Dan, masing-masing meluahkan rasa terkejut apabila melihat wajah artis kesukaan mereka ‘rentung’.

Screenshot 2022 10 11 at 10.01.11 AM 1

Screenshot 2022 10 11 at 10.01.00 AM 1

Screenshot 2022 10 11 at 9.53.21 AM 1

Teringat Orix cerita duyung

Selain itu, ada netizen mengatakan rambut dan wajahnya itu persis watak Orix dalam sebuah filem Duyung yang dimainkan oleh Yassin Senario.

Screenshot 2022 10 11 at 9.59.18 AM 1

Screenshot 2022 10 11 at 9.59.25 AM 1

Sekadar info, Nazim pernah menyatakan dia sentiasa memilih pulau sebagai destinasi percutian setiap kali selepas dia selesai menjalani penggambaran drama atau projek seni yang dibintanginya.

Menurutnya, penting untuk dia bercuti bagi merehatkan diri dan mendapatkan ketenangan selepas penat bekerja dengan ‘bertemankan’ sesuatu watak yang dilakonkannya itu.

Sumber: Instagram nazimothman

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*