
Mayat kubur sebelah muncul ketika gali liang lahad, mujur tak kena cangkul… Jenazah masih elok, penggali siap gosok kepala!
Kelihatan kepala mayat yang sudah lama disemadikan ketika dua penggali kubur ini menggali liang lahad.
SETIAP yang bernyawa pasti akan mati.
Begitulah aturan kehidupan kita di atas muka bumi ini yang mana setiap orang akan melalui alam barzakh sebagai persinggahan sebelum ke negeri akhirat yang abadi.
Di aplikasi TikTok, tular satu rakaman memaparkan penemuan jenazah yang dipercayai sudah lama dikebumikan namun masih berada dalam keadaan baik.
Kepala jenazah itu terkeluar dari dinding tanah apabila sebuah kubur baharu digali kerana berlakunya kematian.
Namun paling mencuri tumpuan tentunya aksi tukang gali kubur yang selamba menggosok kepala jenazah itu.
Biarpun kain kafannya kelihatan usang dan hampir reput, kepala jenazah berkenaan nampaknya masih berada dalam keadaan baik.
Tangkap layar video yang tular di TikTok.
Sehingga kini rakaman yang memaparkan dua tukang gali kubur berada di dalam liang lahad itu meraih hampir setengah juta tontonan menerusi aplikasi TikTok.
Bagaimanapun, waktu serta lokasi kejadian tidak dinyatakan pemilik video berkenaan.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat jenazah tersebut yang masih sempurna.
Masih utuh jenazahnya, Subhanallah.
NETIZEN
Malah, ramai dalam kalangan mereka yang turut tertanya-tanya mengenai amalan arwah sepanjang hayatnya.
“Masih elok jenazahnya. Apa amalan beliau? Maha suci Allah.
“Allah nak tunjukkan pada yang hidup kebesarannya.
“Kuat betul semangat penggali kubur tu. Apalah amalan arwah masa hidupnya sehingga jenazah masih utuh begitu?
“Masih utuh jenazahnya, Subhanallah,” tulis beberapa individu.
Dalam pada itu, ada netizen yang turut mempertikaikan jarak antara kubur dan kedudukan jenazah berkenaan yang didakwa tidak mengikut arah kiblat.
Kejadian di Indonesia yang turut tular pada minggu lalu.
“Kenapa liang lahad tak sama barisan, kiblat berubah ke?
“Macam mana boleh melintang pula tanam tu? Bukan semua ikut kiblat ke?
“Terlebih sempadan menggali. Lepas tu macam mana?
“Ya Allah, kesian arwah… kuburnya terkena jiran baharu,” tulis beberapa netizen lagi.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply