
Langit dah mendung, lelaki ini habis akal nak selamatkan Uteh dari dalam longkang. Terpaksa jadi Spiderman.
Haiwan bernama Kucing merupakan antara haiwan kesayangan yang sering dijadikan peneman setia bagi pencinta haiwan jenis ini. Kecomelan dan kelincahan haiwan ini seringkali membuatkan pemiliknya menyayangi ia umpama ahli keluarga sendiri. Seperti yang kita ketahui juga, kucing adalah haiwan kesayangan nabi dan adalah satu amalan mulia jika seseorang itu memelihara kucing di rumah mereka. Tidak ada salahnya anda mahu memelihara haiwan comel ini asalkan tidak mengundang kemarahan atau ketidakselesaan kepada orang sekeliling anda.
Satu perkongsian video di laman sosial media fesbuk ini telah menarik perhatian netizen. Beberapa orang pemuda yang lalu disebuah longkah besar selepas makan2 dikedai telah ternampak kucing ini sedang berdiri cuba menyelamatkan diri. Mungkin kerana tidak tahu bagaimana cara untuk menyelamatkan diri, kucing ini hanya duduk di tempat yang agak tinggi dilongkang tersebut sambil mengiau menjerit meminta tolong. Nasib baik beberapa orang pemuda yang baik hati ini telah terdengar dan ternampak kucing itu.
Nasib baik kucing ni dapat diselamatkan. Kalau tidak mungkin dah hanyut.
Terima kasih kepada pemuda pemuda yang sanggup berhenti dan menolong si kucing yang berada dalam keadaan bah4ya ini.
Sumber : imuslimnetwork
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply