
Pak belang dalam sangkar ko berani la tunjal-tunjal kepala dia, sekali sangkut tangan, ini terjadi.
Bila sebut sahaja mengenai harimau, pasti ramai yang membayangkan kebengisan dan bahaya haiwan itu yang sememangnya memberi ancaman sekiranya didekati.
Sama seperti apa yang terjadi pada seorang lelaki ini baru-baru ini. Pada mulanya niat nak usik Pak Belang dalam sangkar, sekali bila tangan tersangkut, menggeletar lutut dibuatnya.
Walaupun tiada sebarang kecederaan yang berlaku, tetapi video memaparkan seorang lelaki kelihatan ‘cuak’ dan cemas selepas tangannya tersangkut pada sangkar harimau telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, lelaki itu pada awalnya dilihat sengaja memasukkan tangannya melalui besi sangkar itu, kononnya untuk menyentuh harimau tersebut.
Dia kelihatan teragak-agak untuk memasukkan tangannya, namun terpaksa memberanikan diri juga untuk menyentuh haiwan tersebut.
Bagaimanapun, lagaknya yang berani mula membawa padah apabila tangannya tersangkut pada sangkar itu.
Malah, wajahnya juga kelihatan bertukar menjadi pucat lesi.
Mujur harimau di dalam sangkar tersebut hanya duduk ‘bersantai’ dan tidak mengendahkan ‘kewujudannya’ di situ.
Video :
ehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 2.1 juta tontonan.
Meninjau ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi termasuklah berseloroh berkenaan harimau tersebut.
Sumber : imuslimnetwork
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply