Mak ayah kahwin semula selepas 16 tahun cerai, anak harap kali ini kekal

Mak ayah kahwin semula selepas 16 tahun cerai, anak harap kali ini kekal

Mereka memutuskan untuk kembali rujuk dan majlis diadakan pada 10 Oktober lalu.
KISAH cinta pasangan ini memang unik.

Mereka berdua rujuk dan bernikah semula selepas 16 tahun bercerai.

Momen ijab kabul antara mereka berdua begitu menyentuh hati dengan video yang dikongsi anaknya di akaun TikTok ndi_ahmad menjadi tular.

553 1

Berdasarkan keterangan pada postingnya, lelaki itu menceritakan bahawa kedua-dua orang tuanya bercerai 16 tahun lalu dan masing-masing bernikah dan menjalani kehidupan dengan orang lain.

Bagaimanapun, jodoh masing-masing tidak panjang dan mereka berdua bercerai dengan pasangan baharu.

Mereka berdua akhirnya memutuskan untuk kembali rujuk dan majlis diadakan pada 10 Oktober lalu.

“Mama dan bapa rujuk dan nikah kembali setelah 16 tahun berpisah. Masing-masing telah menikah,” kata ndi_ahmad dalam video yang dikongsi.

Majlis dilakukan secara sederhana di sebuah rumah dan pengantin perempuan hanya mengenakan tudung dan baju putih bersama hiasan sederhana, begitu juga dengan pengantin lelaki.

Menerusi video, dapat dilihat majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh anak-anak, cucu serta keluarga terdekat, di Indonesia.

553 1 1

Pemilik video juga mengucapkan rasa syukurnya dan gembira kerana ibu bapanya yang sudah bercerai belasan tahun, masih mampu bersatu.

“Kalian pasti iri (cemburu), sebabnya kami boleh tengok mak ayah kami nikah. Kamu semua belum lahir,” ucap pemuda tersebut.

Dia juga berharap agar pernikahan ini menjadi yang terakhir antara keduanya.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*