Anak 2 Tahun Basuh MacBook Lepas Dengar Ayah Mengeluh Laptop Banyak…

Anak 2 Tahun Basuh MacBook Lepas Dengar Ayah Mengeluh Laptop Banyak…

Kanak-kanak 2 Tahun Basuh MacBook Ayah

Kanak-kanak yang sedang membesar memang banyak akalnya. Otak tengah berkembang kan. Ada sahaja perkara baharu yang ingin cuba dilakukan, terutamanya lagi anak-anak yang berusia sekitar dua hingga enam tahun. Semua benda dia nak ‘explore’..

Jadi, penjaga kena sentiasa ada dengan mereka. Kang tak pasal-pasal ada sahaja yang dibuat. Bukan apa, sekadar nak berjaga-jaga. Takut ada benda yang merb4haya budak-budak ni buat.

Cuci Laptop Ayah Sebab Katanya Banyak ‘Sampah’

Macam yang berlaku baru-baru ini dimana seorang ibu di Wilayah Shandong, China agak terkedu selepas melihat keadaan laptop MacBook jenama Apple milik suaminya direndam di dalam baldi berisi air.

Memetik sumber WeirdKaya, keadaan itu berlaku selepas anak perempuannya yang berusia dua tahun telah membasuh laptop tersebut menggunakan sabun dan air selepas terdengar ayahnya mengadu peranti berkenaan banyak ‘sampah’.

Kanak kanak 2 Tahun Basuh MacBook Ayah 1

Tindakannya kanak-kanak yang mahu ‘membantu’ ayahnya itu disedari oleh si ibu dikenali sebagi Zhang ketika terlihat anaknya di dalam tandas tersebut.

Menurut Zhang, MacBook itu yang dibeli oleh suaminya pada tiga tahun lepas dengan harga 9,000 Yuan (RM5856.67) tidak berjaya dihidupkan semula walaupun sudah beberapa kali cuba mengeringkan laptop itu.

“Waktu itu kami memang tak tahu nak ketawa atau m3nangis. Pada mulanya kami nak pukuI manja-manja je. Tapi nak m4rah pun dia terlalu muda untuk faham apa yang dia sudah lakukan…”, jelas Zhang.

Kepada anda yang ada anak-anak kecil di rumah, perhatikanlah aktiviti mereka. Biasalah kanak-kanak baru boleh bergerak sendiri, memang semua benda mahu dibuat ‘projek’ kan?

Mereka yang pernah jaga anak kecil mesti faham telatah kanak-kanak yang ingin membesar ini.

Nak m4rah, tapi kena sabar.. nak n4ngis, tapi kena sabar. Mereka kecik lagi..

Sumber : Facebook

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*