Yang Dinanti Tak Kunjung Tiba, Anjing Setia Tunggu Di Tempat Yang Sama Sudah Beberapa Bulan

Yang Dinanti Tak Kunjung Tiba, Anjing Setia Tunggu Di Tempat Yang Sama Sudah Beberapa Bulan

Anjing Setia Tunggu Pemiliknya Yang Sudah Meninggal Sebab Covid-19

Anjing merupakan haiwan yang sangat setia kepada tuannya. Sifat dan perasaan kesetiaan yang kuat membuatkan haiwan bernama anjing ni digemari oleh pemilik, sanggup menjaga tuannya.

Seekor anjing di Wuhan, China sudah menunggu selama tiga bulan untuk bertemu kembali dengan tuannya. Yang menyedihkan adalah, tanpa pengetahuan dirinya, tuannya sudah meninggal dunia di Hospital Taikang, Wuhan selepas dijangkiti Covid-19.

anjingwuhan3

Pemilik iaitu tuan kepada anjing ini meninggal dunia lima hari selepas dimasukkan ke hospital Taikang. Anjing itu bagaimanapun tetap setia menunggu tuannya setiap hari dan penantian itu berlarutan sehingga tiga bulan. Kasihan kerana mungkin anjing itu rindu akan tuannya serta masih mengharapkan kemunculan tuannya itu dihadapan mata.

Sepanjang penantian itu, anjing jantan yang berusia sekitar 7 tahun itu dilayan dengan baik oleh petugas dan juga pesakit di hospital tersebut.

anjingwuhan2

Mereka memberinya makanan dan minuman secukupnya. Ada juga yang cuba membawanya keluar dari hospital itu namun ia enggan berganjak.

Wu Cuifen, pemilik pasar raya di hospital itu memberitahu dia mengambil keputusan menjaga anjing yang diberi nama Xiaobao itu atau “Harta Kecil”.

Semoga anjing itu boleh memulakan kehidupan yang baru dan kembali ceria.

Sumber : imuslimnetwork

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*