Tak Tahan Isteri Asyik Minta Pisah, Anak Sulung Tewas Di Tangan Ayah ‘Mat Gian’

Tak Tahan Isteri Asyik Minta Pisah, Anak Sulung Tewas Di Tangan Ayah ‘Mat Gian’

Tewas di tangan si ayah…sebelum kejadian sempat ambil bahan narkotik dengan rakan-rakan

Ada sebabnya kenapa bahan-bahan melibatkan narkotik diharamkan hampir di seluruh dunia. Kebanyakan isu-isu jenayah yang terjadi juga disebabkan pengambilan, penjualan, penyeludupan ‘barang’ tersebut. Malah ada kejadian yang telah meruntuhkan sesebuah institusi keluarga seperti terjadi di negara jiran kita, Indonesia.

Cukup menyayat hati, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun bernama Keyla akhirnya dijemput Ilahi setelah tewas di tangan bapanya sendiri. Malah bukan pelajar tersebut sahaja, si ibu turut dicederakan lelaki berkenaan namun kini sedang berada dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan. Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Selasa tersebut, suspek yang juga seorang pegawai kerajaan baru sahaja pulang dari rumah rakan selepas mengambil bahan narkotik.

kisahdunia.com ba35d98bf28631c02984629ed8373a84.jpg

kisahdunia.com 4a33762a94b54d3a2f2ad1e15995b14a.jpeg

Keyla anak syurga…Semoga si ibu cepat sembuh

Namun setibanya di rumah, si isteri yang merasa marah kerana lelaki tersebut sering pulang lambat bertindak meminta untuk berpisah. Manakala anak sulungnya pula dikatakan sering tidak menghiraukan panggilannya di rumah. Akhirnya emosi yang terkumpul itu menyebabkan bapa kepada dua orang cahaya mata tersebut sanggup melakukan hal sedemikian.

Video : 

Bakal dikenakan hukuman penjara 15 tahun, dan dipecat

Ketika memberi keterangan dia akui maruahnya seperti dipijak-pijak serta tidak dihargai, namun mengaku bersalah. Susulan kejadian itu, lelaki tersebut berkemungkinan akan dikenakan hukuman 15 tahun penjara. Bukan itu sahaja, suspek juga bakal dipecat dari pekerjaannya tak lama lagi.

kisahdunia.com a0a283112ff438b96277e3e2b7aecb32.jpeg

Kredit : tribunnews 

Sumber : Facebook

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*